Lanjutan Had Pengkreditan Dividen

Apakah penambahbaikan berkaitan had pengkreditan dividen?

Berdasarkan peruntukan Akta KWSP 1991, dividen dikreditkan ke akaun ahli sehingga ahli mencapai umur 75 tahun. Berkuat kuasa 1 Januari 2017, dividen dikreditkan ke akaun ahli sehingga simpanan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Bayaran dividen dipanjangkan tempoh sehingga umur 100 tahun.

Mengapakah had pengkreditan dilanjutkan sehingga simpanan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut?

Ia dilanjutkan bagi membolehkan simpanan ahli yang berada dengan KWSP terus mendapat dividen sehingga ahli membuat pengeluaran penuh dan simpanan ahli semakin bertambah.