Pengeluaran Tambahan Untuk Ahli Bukan Warganegara

Mengapa inisiatif perluasan manfaat kepada ahli bukan warganegara diperkenalkan?

Melalui inisiatif ini diperkenalkan bagi membolehkan ahli bukan warganegara memperolehi manfaat yang sama sebagaimana ahli warganegara.

Apakah manfaat yang diterima oleh ahli bukan warganegara melalui inisiatif ini?

Melalui inisiatif ini membolehkan ahli bukan warganegara memohon pengeluaran yang dibenarkan mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan. Jenis Pengeluaran adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun (Akaun 55) - Kesemua Simpanan
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) - Kesemua Simpanan
  • Pengeluaran Melebihi RM 1 Juta
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Membeli/Membina Rumah
  • Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Ahli masih boleh memohon pengeluaran sedia ada iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Kematian. Bagaimanapun, kelayakan Bantuan Hilang Upaya dan Bantuan Kematian masih mengikut prosedur semasa.

Apakah pengeluaran yang tidak layak dipohon oleh ahli bukan warganegara?

Pengeluaran berikut tidak layak dipohon oleh ahli bukan warganegara:

  • Pengeluaran yang melibatkan bayaran berulang seperti:
    • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Pengeluaran Umur 55 Tahun (Akaun 55) / Umur 60 Tahun (Akaun Emas) - Kombinasi (bayaran sebahagian simpanan dan bayaran bulanan)
    • Dividen Tahunan
  • Pengeluaran Haji
  • Pilihan Pelaburan Ahli

Adakah terdapat perubahan kepada syarat-syarat Pengeluaran semasa?

Syarat-syarat pengeluaran semasa adalah terpakai kepada ahli bukan warganegara KECUALI bagi pengeluaran berikut:

  • Pengeluaran Umur 55 Tahun (Akaun 55) – Pengeluaran penuh sahaja dibenarkan dan ahli bukan warganegara terhenti untuk mencarum semula selepas membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP.
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) – Pengeluaran penuh sahaja dibenarkan dan ahli bukan warganegara terhenti untuk mencarum semula selepas membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP.

Adakah ahli bukan warganegara layak membuat Pengeluaran Perumahan sekiranya membeli hartanah di luar Malaysia?

Tidak. Pengeluaran perumahan hanya dibenarkan bagi hartanah yang dibeli dalam Malaysia mengikut syarat pengeluaran semasa.