e-Pengeluaran
Perumahan

Pengeluaran simpanan untuk
membeli/membina rumah dan/atau
mengurang/menyelesaikan baki
pinjaman perumahan dan/atau
ansuran bulanan pinjaman
perumahan

KWSP e-Pengeluaran Perumahan

Kelebihan Menggunakan e-Pengeluaran

  • Memohon bila-bila masa dan di mana jua
  • Semak amaun kelayakan pengeluaran dalam talian
  • Pengesahan permohonan dalam talian
  • Pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau akaun pinjaman perumahan
  • Makluman status permohonan melalui SMS dan i-Akaun

Siapa Layak Memohon?

BERDAFTAR SEBAGAI PENGGUNA i-Akaun
Kelayakan Jenis Pengeluaran
  • Membeli / Membina Rumah
  • Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Warganegara Malaysia
Umur Ahli Semasa Memohon Belum mencapai umur 55 tahun Belum mencapai umur 54 tahun 6 bulan
Simpanan dalam Akaun 2 Minimum RM500.00 Minimum RM600.00

Mengambil Pinjaman Perumahan dengan Institusi Pemberi Pinjaman e-Pengeluaran

Syarat-syarat e-Pengeluaran Perumahan

  • Syarat kelayakan sedia ada masih terpakai
  • Mempunyai baki pinjaman perumahan di Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)
  • Pernah membuat pengeluaran untuk mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman atau ansuran bulanan perumahan
  • Pengeluaran terdahulu hendaklah selepas 1 Januari 2011
  • Pemohon adalah pembeli, peminjam dan pemilik harta untuk mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman atau ansuran bulanan perumahan
  • Pemohon adalah pembeli, peminjam / bukan peminjam dan pemilik harta bagi pengeluaran membeli rumah
  • Pemohon adalah pembina / bukan pembina, pemilik tanah / bukan pemilik tanah, peminjam / bukan peminjam bagi pengeluaran membina rumah
  • Pembeli / pemilik harta tidak lebih daripada 2 orang
  • Membuat pengecaman cap ibu jari di kaunter KWSP
  • Pengkreditan terus ke Akaun Ahli atau IPP

Ahli yang tidak memenuhi syarat e-Pengeluaran boleh mengemukakan permohonan di kaunter KWSP atau melalui pos

5 Langkah Mudah Menggunakan e-Pengeluaran

1

Daftar / Log masuk ke i-Akaun melalui laman web KWSP

2

Pilih tab “Pengeluaran”

3

Klik “Permohonan Baru” untuk bermulakan Transaksi

4

Membuat pengecaman cap ibu jari di kaunter KWSP

5

Semak Akaun Simpanan / semasa ahli atau Akaun Pinjaman Perumahan untuk pengkreditan bayaran

Senarai Bank yang Berkaitan

AMBANK (M) BHD BANK ISLAM (M) BHD
BSN CIMB BANK BHD
MAYBANK OCBC BANK (M) BHD
RHB BANK BHD UOB (M) BHD

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,
Sila hubungi kami di 03-8922 6000.