Majikan diwajibkan oleh undang-undang untuk membuat caruman KWSP, bagi kedua-dua bahagian Pekerja dan Majikan, pada kadar semasa yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. Kadar Caruman Kadar caruman semasa ialah 8% bagi pekerja dan 12% bagi majikan, tetapi majikan dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.
Lihat: Perubahan kadar caruman KWSP semenjak 1952
Jumlah caruman perlu dibayar dalam nilai Ringgit yang terdekat, dan caruman untuk bulan tertentu perlu dibayar sebelum atau pada 15 haribulan bulan tersebut. Contoh: Pekerja A, yang mempunyai gaji bulanan sebanyak RM1,000, kadar carumannya ialah RM80 bagi bahagian pekerja dan RM120 bagi bahagian majikan. Caruman bagi bulan Februari iaitu potongan gaji bulan Januari perlu diterima oleh KWSP bersama dengan Borang KWSP 6 bagi bulan Februari sebelum atau pada 15 Februari.
Potongan gaji bagi caruman KWSP bahagian pekerja hanya boleh dibuat pada masa gaji pekerja tersebut dibayar. Caruman Lewat Caruman lewat adalah caruman untuk bulan tertentu yang diterima oleh KWSP selepas 15 haribulan bulan berkenaan. Ini termasuk caruman tertunggak dan caruman bagi bulan/tempoh tertentu yang tidak dibayar dengan penuh. Untuk bayaran caruman yang tertunggak, majikan dikehendaki menggunakan Borang KWSP 7 (Borang E) dan Borang KWSP 8 (Borang F), kecuali bagi caruman yang berkaitan dengan penyelarasan gaji yang perlu dibayar bersama-sama dengan bayaran bulanan terkini dengan menggunakan Borang KWSP 6 yang sama.
Caruman yang lewat dibayar adalah tertakluk kepada penalti.
Lihat: Penalti bagi bayaran lewat Pembayaran Bayaran bagi caruman KWSP boleh dibuat di kaunter-kaunter KWSP, melalui bank-bank yang dilantik sebagai agen kutipan; melalui Internet; atau secara pos.
Lihat: Cara membuat bayaran |