KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
     Laman Utama » Majikan » Panduan Majikan Mengenai Perkhidmatan KWSP Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
Majikan
Maklumat Umum
Perkhidmatan i-Akaun
Panduan Majikan Mengenai Perkhidmatan KWSP
Bayaran Caruman


Kadar Caruman
Kadar caruman semasa ialah 8% bagi pekerja dan 12% bagi majikan. Majikan mestilah membayar caruman berdasarkan kadar yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991 dan tidak perlu mengiranya sendiri.

Pindah turun: Jadual Ketiga [PDF: 574 KB] | Adobe Acrobat Reader  get_adobe_reader.gif


Kadar caruman pekerja dan majikan sejak 1952 adalah seperti berikut :

Tahun
Caruman Pekerja
Caruman Majikan
Jumlah
1952 - Jun 1975
5%
5%
10%
Jul 1975 - Nov 1980
6%
7%
13%
Dis 1980 - Dis 1992
9%
11%
20%
Jan 1993 - Dis 1995
10%
12%
22%
Jan 1996 - Mac 2001
11%
12%
23%
April 2001- Mac 2002
9%
12%
21%
April 2002 - Mei 2003
11%
12%
23%
Jun 2003 - Mei 2004
9%
12%
21%
Jun 2004 - Dis 2008
11%
12%
23%
Jan 2009 - Dis 2010

8%

12%

20%


Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai Ringgit penuh dan jumlah sen tidak boleh dimasukkan.

Contoh:
Pekerja A menerima gaji bulanan sebanyak RM1,000.00, kadar caruman ialah RM80.00 bagi bahagian pekerja dan RM120.00 bagi bahagian majikan.

Caruman Bahagian Pekerja
Potongan gaji pekerja hanya boleh dibuat pada bulan semasa gaji/upah dibayar kepadanya.

Bila Caruman Mesti Dibayar
Caruman bagi sesuatu bulan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 haribulan bulan berkenaan.

Contoh:
Caruman bagi bulan Februari ialah potongan gaji bulan Januari, hendaklah sampai bersama-sama Borang KWSP 6 (Borang A) bagi bulan Februari kepada KWSP sebelum atau pada 15 Februari.

Bentuk Bayaran Caruman :

  • Tunai
  • Kiriman Wang Pos
  • Kiriman Wang
  • Cek
  • Cek Jurubank
  • Internet

Jika bayaran dibuat melalui cek, kiriman wang, kiriman wang pos atau Cek Jurubank, nombor rujukan majikan dan bulan caruman hendaklah dicatatkan di bahagian belakangnya.

Jika bayaran dibuat melalui internet, majikan perlu membuka akaun di bank-bank yang berkenaan.


Di Mana Caruman Boleh Dibayar
Semua bayaran hendaklah dibuat di atas nama KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.

Majikan boleh membayar caruman (Borang A) dan bayaran-bayaran lain di mana-mana kaunter pejabat KWSP Negeri atau menghantar dengan pos ke pejabat KWSP Negeri.

Majikan boleh membayar caruman semasa sahaja (Borang A) melalui agen kutipan bank yang dilantik seperti berikut :

Nama Bank
Cara Pembayaran
RHB Bank Berhad (RHB)Kaunter Bank dan Internet
Maybank Berhad (MBB)Kaunter Bank dan Internet
Public Bank Berhad (PBB)Kaunter Bank dan Internet
Bank Simpanan Nasional (BSN)Kaunter Bank sahaja
CIMB Bank BerhadInternet sahaja
Ambank BerhadInternet sahaja
Hong Leong Bank BerhadInternet sahaja
Alliance BankInternet sahaja
CitiBankInternet sahaja
OCBC BankInternet sahaja
EON BankInternet sahaja


Mod Pembayaran

Mod Bayaran
Kaunter KWSP
Agen Bank
Mel
Jenis Pembayaran
  1. Tunai
  2. Cek
  3. Kiriman Wang
  4. Wang Pos
  1. Tunai
  2. Cek
  1. Cek
  2. Kiriman Wang
  3. Wang Pos
Pengeluaran ResitResit rasmi (Borang KWSP 30) akan dikeluarkan apabila bayaran diresitkanSlip bayaran masuk akan dianggap sebagai resit bayaranKWSP akan menghantar resit bayaran melalui pos sebaik sahaja bayaran diresitkan


Caruman Yang Lewat Dibayar
Caruman yang lewat dibayar ialah caruman untuk sesuatu bulan yang diterima oleh KWSP selepas 15 haribulan bulan berkenaan. Caruman yang lewat dibayar akan dikenakan :

  • Faedah
    Caruman ini akan dikenakan denda dalam bentuk faedah. Jika jumlah faedah yang dikira itu kurang daripada RM10.00 maka faedah yang kena dibayar ialah RM10.00 bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada satu bulan. Jika faedah itu melebihi RM10.00, faedah yang dikenakan akan dikira dalam gandaan sepuluh ringgit yang paling hampir tinggi bagi bulan tersebut atau sebahagian daripada satu bulan.

  • Dividen
    Selain daripada faedah ini majikan juga dikehendaki membayar dividen yang sepatutnya terakru ke atas caruman yang lewat diterima bagi tiap-tiap satu bulan itu mengikut kadar dividen semasa yang diluluskan oleh Lembaga KWSP bagi tahun berkenaan.

Caruman yang dianggap lewat diterima adalah termasuk:

  • Caruman tunggakan;
  • Caruman terkurang bayar bagi sesuatu bulan / tempoh.

Untuk pembayaran tunggakan, majikan dikehendaki menggunakan Borang KWSP 7 (Borang E) dan Borang KWSP 8 (Borang F), kecuali bagi bayaran yang timbul dari penyelarasan upah, di mana majikan dikehendaki membayar caruman bersama-sama bayaran bulanan semasa dengan menggunakan Borang KWSP 6 (Borang A) bulan yang sama.

Pindah turun: Borang KWSP 6 (Borang A) [PDF: 16.5kb]

 
Terma dan Syarat Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas