Ya, anda boleh. Malah, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan (contoh: abc123 , a1234567) secara berkala. Untuk menukar kata laluan, daftar masuk ke dalam i-Akaun dan pilih "Tukar Kata Laluan" yang terletak di sebelah kiri modul i-Akaun iaitu di bawah kategori “Profil Peribadi” (untuk Ahli) atau “Profil” (untuk Majikan). Anda perlu masukkan kata laluan sedia ada, cipta kata laluan baru dan sahkan kata laluan baru. Gunakan kata laluan baru apabila mendaftar masuk di masa depan.