Keahlian ahli KWSP tidak boleh ditamatkan. Apabila seseorang itu menjadi ahli KWSP, maka keahlian ini akan berterusan sehinggalah ahli mencapai umur 75 tahun.
Akaun ahli hanya akan dibatal apabila:
a. Waris ahli membuat Pengeluaran Kematian; atau
b. Ahli membuat penyatuan akaun (dalam keadaan ahli mempunyai lebih daripada satu akaun).
Jika ahli pernah membuat pengeluaran penuh di bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun, keahlian KWSP tidak akan terhenti sehingga ahli mencapai umur 75 tahun.