KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
i-Akaun
     Laman Utama » i-Akaun Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
i-Akaun
Keselamatan
Mengenai i-Akaun
Login Kali Pertama
 


Jika ini adalah kali pertama anda login ke i-Akaun, sila aktifkan akaun anda mengikut pautan di bawah.  Sila pastikan anda bersedia dengan Kod Pengaktifan (sama ada diperolehi di kaunter atau di kiosk pintar Pejabat KWSP) dan nombor KWSP anda.


» Aktifkan i-Akaun
 
 
Login Ke i-Akaun [Untuk ahli sedia ada]
 
Jika anda adalah pengguna berdaftar i-Akaun, anda boleh login terus melalui pautan di bawah:

» Login ke i-Akaun
 
 
Pendaftaran Baru
 

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar i-Akaun, sama ada sebagai Ahli atau Majikan:

Ahli
Kelayakan untuk mendaftar i-Akaun
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan mempunyai nombor KWSP yang sah, kecuali bagi:
  • Ahli yang telah membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP, iaitu mempunyai baki sifar di dalam akaun KWSP;
  • Bertaraf penduduk tetap (PR); dan
  • Bukan warganegara.
Langkah-langkah untuk mendaftar bagi Ahli KWSP
  1. Lawati Kiosk Pintar atau Kaunter di pejabat KWSP untuk mencipta Kod Pengaktifan anda.
  2. Layari laman web KWSP untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah anda cipta sebelum tamat tempoh.
Majikan
Kelayakan untuk mendaftar i-Akaun
Sebarang perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Perniagaan Malaysia (ROB), dan yang mempunyai nombor KWSP yang sah.

Langkah-langkah untuk mendaftar bagi Majikan KWSP
  1. Daftar i-Akaun untuk Majikan di laman web KWSP.
  2. KWSP akan menghantar butir-butir lengkap bagi permohonan Kod Pengaktifan anda melalui emel atau pos.
  3. Lawati Kaunter KWSP untuk mengambil Kod Pengaktifan anda dengan membawa salinan emel / surat yang diterima berserta dokumen yang dinyatakan di dalam emel / surat tersebut.
  4. Aktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan sebelum tamat tempoh. Anda mestilah menggunakan kata laluan yang sama seperti yang digunakan sewaktu pendaftaran. Sila salin kata laluan tersebut dan simpan di tempat yang selamat.

 
 
Terma dan Syarat  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas