|
|
| Kios Pintar |
|
|
KWSP telah menyediakan Kios Pintar di semua pejabat di seluruh negara bagi membolehkan ahli-ahli KWSP menggunakan MyKad mereka untuk mendapatkan penyata akaun semasa / tahunan dan juga mendaftar i-Akaun. Kios Pintar adalah satu kemudahan layan diri yang mudah untuk digunakan di mana ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka atau menjana Kod Pengaktifan i-Akaun mereka dengan mudah dan cepat.
Panduan Penggunaan Kios Pintar
 | Langkah 1: Pada Skrin Menu sila buat pilihan bahasa: - Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
| | | | | |  | Langkah 2: Masukkan MyKad ke dalam 'slot' pembaca Kad Pintar. MyKad mesti dimasukkan dengan memasukan cip Kad Pintar dahulu. Lampu hijau akan menyala menandakan MyKad sedang dibaca.
| | | | | |  | Langkah 3: Pengesahan cap ibu jari anda. Letakkan ibu jari kanan anda di pengimbas cap ibu jari. Imej cap ibu jari akan dipaparkan di skrin.
| | | | | |  | Langkah 4: Jika pengesahan ibu jari anda telah berjaya, nama anda akan dipaparkan pada skrin pilihan. Sentuh butang pilihan yang betul.
- Pendaftaran i-Akaun
- Mencetak penyata akaun KWSP
Untuk pendaftaran i-Akaun, terus ke langkah 5. Untuk mencetak penyata akaun, terus ke langkah 6.
| | | | | |  | Langkah 5: Sistem akan memeriksa status akaun
Langkah 5a dan 5b akan memberi panduan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan nombor kod pengaktifan untuk i-Akaun. | | | | | |  | Langkah 5a: Jika anda belum mengaktifkan i-Akaun lagi, skrin nombor akan dipaparkan. Anda perlu menaip 6 digit nombor kod pengaktifan i-Akaun.
Taipkan nombor kod pengaktifan yang sama di kedua-dua kotak.
| | | | | |  | Langkah 5b: Apabila pendaftaran telah berjaya, peringatan akan dipaparkan di skrin untuk anda mengaktifkan nombor kod pengaktifan melalui laman web myEPF atau Kios Internet sebelum nombor kod pengaktifan tamat tempoh.
Sentuh butang Ya jika anda mahu kembali kepada Skrin Menu Pilihan atau Tidak jika anda mahu keluar.
| | | | | |  | Langkah 6: Selepas memilih butang mencetak penyata di skrin menu, skrin ini akan memaparkan akaun yang disahkan dalam proses percetakan. | | | | | |  | Langkah 7: Selepas pengesahan telah berjaya, penyata akaun KWSP anda akan dicetak. Sila ambil penyata di dalam slot di bahagian tengah kios. | | | | | |  | Langkah 8: Sentuh butang YA untuk kembali ke Skrin Menu Pilihan atau TIDAK untuk menamatkan urusan. | | | | | |  | Langkah 9: Sila ambil semula MyKad anda.
| |
|
|
|
|
|
|