EPF :: Savings for Old Age EPF :: Savings for Old Age
EPF :: Savings for Old Age
Back to Home
Member Employer i-Akaun About EPF EPF Ventures FAQ enquiry
     Home » Life Events » Membeli Rumah Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  First Time Login
  Login Into i-Akaun
  New Registration
  Lost ID/Password?
Search:
Life Events
Starting Work
Buying House
Financing Education
Making Investment
Treating Illnesses
Disability & Incapacitation
Leaving the Country
Retiring from Workforce
In Event of Death
Mengurangkan Pinjaman Perumahan Anda

Satu cara untuk mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan ke atas pinjaman perumahan anda adalah dengan mengurangkan jumlah prinsipal secepat mungkin. Ia membolehkan anda menyelesaikan pinjaman anda dengan lebih cepat atau mengurangkan bayaran bulanan anda.

Pilihan adalah di tangan anda: memendekkan tempoh pembayaran dan mengurangkan bayaran faedah; atau mengurangkan bayaran bulanan dan mempunyai wang yang lebih setiap bulan untuk dibelanjakan. Anda juga boleh berunding dengan bank bagi mendapatkan manafaat gabungan kedua-dua cara. Ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan ke atas pinjaman anda. Sebagai contoh, sesetengah pinjaman korporat (pinjaman yang diperolehi melalui majikan anda), tidak membenarkan peminjam mengubah jumlah bayaran bulanan.

Walau apa pun pilihan anda, KWSP membenarkan ahli-ahli mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka (daripada Akaun II) untuk tujuan ini, samada untuk mengurangkan pinjaman perumahan ahli atau pinjaman perumahan pasangan mereka.

Pengeluaran untuk mengurangkan pinjaman perumahan hanya boleh dibuat ke atas pinjaman perumahan yang sama. Pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali setahun, di mana pengeluaran pertama hanya boleh dibuat setahun selepas pengeluaran asal (untuk membeli atau membina rumah) dibuat.

Sekiranya anda menukar pinjaman perumahan anda, jumlah pengeluaran yang boleh dibuat untuk mengurangkan pinjaman kedua adalah terhad kepada baki pinjaman yang asal.

Lihat:
Terms and Conditions  |  Security Policy  |  Privacy Policy  |  Disclaimer Copyright Reserved. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Official EPF website | Best viewed with Internet Explorer 6 and above