Sebelum menyerahkan permohonan pengeluaran, anda perlu mendapatkan 'Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan' daripada mana-mana pejabat KWSP. Untuk mendapatkannya, anda perlu menunjukkan Kad Pengenalan anda di kaunter. Permintaan melalui telefon atau e-mel tidak akan dilayan. Permintaan anda hanya akan dilayan jika anda layak untuk membuat pengeluaran pelaburan pada masa tersebut. Anda kemudiannya perlu membuka satu akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih (melainkan anda sudah ada akaun dengan pengurus dana tersebut). Dokumen yang diperlukan untuk serahan kepada pengurus dana adalah: - Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi;
- Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan; dan
- Kad Pengenalan ahli/Kad Pintar atau Kad Pengenalan Polis:
- Untuk pemegang Kad Pengenalan Polis, sila kemukakan satu surat daripada Jabatan Polis untuk mengesahkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Untuk pemegang Kad Pintar, sila kemukakan satu salinan Kad Pintar dengan cap ibu jari kanan dan kiri anda di atas salinan tersebut.
Ruang 'amaun yang dipohon' patut diisi selepas ahli berbincang dengan pengurus dana tentang jumlah yang mahu laburkan dengan syarat amaun tidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan. Pengurus dana akan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi kepada KWSP untuk diproses. Adalah penting untuk anda mengisi borang yang betul dengan tepat dan memastikan bahawa semua dokumen sokongan mengikut turutan. Ini bagi mengelakkan kelewatan yang tidak perlu dalam memproses permohonan anda. Sila ambil perhatian bahawa cap ibu jari diperlukan pada borang permohonan dan salinan MyKad. Anda mestilah menggunakan “thumbprint pad” yang khusus untuk cap ibu jari. Penggunaan bahan-bahan jenis lain seperti inkpad untuk getah setem (rubberstamp) tidak akan diterima oleh KWSP. Lihat: Pengeluaran Pelaburan Pindah turun borang: KWSP 9N (AHL) - Pengeluaran Pelaburan [PDF: 94.73kb]
|