|
|
|
| Pengeluaran Umur 50 Tahun |
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun sebagai persediaan awal sebelum bersara. Kelayakan Memohon
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang; * Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU * Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Mencapai umur 50 tahun sehingga sebelum umur 55 tahun Masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 Bagi kakitangan sektor awam di bawah Skim Pencen Kerajaan, anda dinasihatkan memohon Pengeluaran Pekerja Berpencen sekiranya anda telah diberikan taraf berpencen. Ini bagi mengelakkan syer kerajaan di bayar kepada anda sekiranya memohon di bawah Pengeluaran 50 Tahun. Di bawah Pengeluaran Pekerja Berpencen, syer kerajaan akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan syer pekerja dibayar kepada anda.
:: KWSP 9B (AHL) - Pengeluaran Umur 50 :: |
|
|
|
|
|
| » Back |
|
|
| |
|