KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
     Laman Utama » Ahli » Maklumat Berkaitan Pengeluaran Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
Ahli
Maklumat Umum
Panduan Ahli Mengenai Perkhidmatan KWSP
Maklumat Berkaitan Pengeluaran
Jenis-jenis Pengeluaran
Perkhidmatan i-Akaun
Cara Memohon

Permohonan boleh dihantar melalui serahan di kaunter atau melalui mel.

Melalui Serahan Kaunter
Anda perlu mengemukakan:

  • Borang KWSP 9C (AHL) yang lengkap diisi;
  • Dokumen Utama (asal dan salinan fotostat);
  • Kad Pengenalan Awam / Kad Pengenalan Tentera / MyKad;
  • Kad Pengenalan Polis dengan menurunkan kedua-dua cap ibu jari kiri dan kanan di atas salinan dokumen dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan nombor polis dan nombor Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
  • Buku Bank/ Penyata Akaun Simpanan (persendirian) atau Penyata Akaun Semasa (persendirian) yang masih AKTIF. (Perlu disahkan oleh Pegawai KWSP yang dibenarkan atau Pegawai Bank yang berkenaan sahaja); dan
  • Surat Perjanjian Bina Rumah yang mengandungi nama ahli atau nama ahli dan suami/isteri bagi pembinaan bersama dan tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan diterima; dan
  • Surat Perjanjian Beli Tanah (jika tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh 2 tahun dengan tarikh Perjanjian Bina Rumah); dan
  • Suratan Hak Milik Tanah atas nama anda atau suami/isteri anda; dan
  • Pelan rumah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;

ATAU

  • Pelan rumah dan surat pengesahan pembinaan rumah daripada Pihak Berkuasa sekiranya di luar kawasan Majlis Perbandaran; dan
  • Bukti pertalian suami/isteri sekiranya tanah di atas nama pasangan.
  • Sekiranya anda mengambil pinjaman perumahan, dokumen berikut hendaklah dikemukakan:
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada satu tahun)

ATAU

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan dan Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi satu tahun).


Sekiranya anda membuat pembinaan secara tunai, dokumen berikut hendaklah dikemukakan:

  • Bukti bayaran sekurang-kurangnya 20% daripada kos bina rumah seperti:
    • Resit bayaran;
    • Bil pembeian bahan binaan; atau
    • Surat pengesahan bayaran daripada kontraktor.
    • Sijil Arkitek menunjukkan kemajuan pembinaan rumah tidak kurang 20%; dan
    • Pelan lokasi tapak pembinaan rumah.


Bagi pembinaan Rumah Panjang di Sabah dan Sarawak, dokumen berikut diperlukan:

  • Surat Akuan Sumpah daripada ahli mengenai pembinaan rumah;
  • Surat kebenaran daripada Ketua Puak/Masyarakat yang diiktiraf dan disahkan oleh Pejabat Tanah ('Land Survey Department');
  • Gambar ahli bersama Ketua Puak / Masyarakat di hadapan rumah panjang; dan
  • Bukti bayaran sekurang-kurangnya 20% daripada kos bina rumah.


Bagi pembinaan Rumah Kedua, dokumen berikut diperlukan:

  • Dokumen seperti para A di mana berkenaan; dan
  • Bukti penjualan /pelepasan hak milik rumah pertama, mana-mana satu yang berikut:
  • Borang Pindah Milik KTN 14A atas nama pembeli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah;
  • 'Deed of Assignment' antara ahli dan pembeli;
  • Suratan Hak Milik atas nama pembeli dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pembeli;
  • Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5 (Real Property Gains Tax) dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pembeli;
  • Surat Perakuan Lelongan Awam (KTN 16F atau KTN 16I) dan pengesahan bank pelelong;
  • Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak dan surat cerai (bagi kes perceraian); atau
  • Carian rasmi daripada Pejabat Tanah yang menunjukkan nama ahli dan pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pembeli.


Melalui Mel
Anda dikehendaki mengemukakan Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) yang telah dilengkapkan berserta salinan fotostat dokumen seperti yang disebutkan di atas dan disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan oleh KWSP.

Lihat juga: Pegawai Pengesah

Permohonan boleh diposkan ke:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Beg Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.

Pastikan anda menggunakan alamat yang lengkap di dalam Borang KWSP 9C (AHL). Jika anda bertukar alamat selepas mengemukakan permohonan ini, sila maklumkan alamat terkini anda di pejabat KWSP yang berhampiran.


Pindah turun: Borang Pengeluaran Perumahan KWSP 9C (AHL)

» Kembali
 
Terma dan Syarat  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas