|
|
|
| Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan |
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
Bayaran akan dibuat secara bulanan melalui sistem pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau dibayar kepada pihak pemberi pinjaman melalui cek jurubank bagi pinjaman yang tertunggak [’Non Performing Loan' (NPL)]. Kelayakan Memohon
(i) Warganegara Malaysia; ATAU (ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang : * Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU * Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
:: KWSP 9P (AHL) - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan ::
|
|
|
|
|
| » Back |
|
|
| |
|