KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
     Laman Utama » Ahli » Maklumat Berkaitan Pengeluaran Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
Ahli
Maklumat Umum
Panduan Ahli Mengenai Perkhidmatan KWSP
Maklumat Berkaitan Pengeluaran
Jenis-jenis Pengeluaran
Perkhidmatan i-Akaun
Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP seperti berikut:

  • Pembelian secara individu; ATAU
  • Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU
  • Membantu suami/isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami/isteri

Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.


Kelayakan Memohon

  • (i)   Warganegara Malaysia; ATAU
    (ii)  Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di
           bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos   
           1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan
           KWSP; ATAU
    (iii) Bukan warganegara Malaysia yang :
           * Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
           *
    Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

      :: KWSP 9C (AHL) - Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan ::

 
» Pertanyaan
» Notis Penting
» Cara Permohonan Dihantar
» Kaedah Bayaran
» Senarai Dokumen Yang Diperlukan
» Amaun Yang Layak Dikeluarkan
» Syarat-Syarat Pengeluaran
» Kembali
 
Terma dan Syarat  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas