KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
     Laman Utama » Ahli » Maklumat Berkaitan Pengeluaran Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
Ahli
Maklumat Umum
Panduan Ahli Mengenai Perkhidmatan KWSP
Maklumat Berkaitan Pengeluaran
Jenis-jenis Pengeluaran
Perkhidmatan i-Akaun
Contoh Pengiraan Kelayakan Pengeluaran

Contoh 1: Pengeluaran Perseorangan
Encik Amar telah membeli sebuah rumah berharga RM250,000.00 pada tahun 2003.  Beliau telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM200,000.00 daripada Bank ’A’.  Kini Encik Amar ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjamannya yang berjumlah RM160,000.00.  Bayaran ansuran bulanan En Amar kepada Bank ’A’ adalah RM 1,500.00 sebulan. Simpanan Encik Amar dalam Akaun 2 adalah sebanyak RM100,000.00.  Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP Encik Amar adalah:

Harga Rumah

RM 250,000.00

Pinjaman Perumahan Di Bank 'A'

RM 200,000.00

Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'A'

RM 160,000.00

Bayaran Ansuran Bulanan

RM     1,500.00

Simpanan Dalam Akaun 2 Encik Amar

RM 100,000.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan

RM 100,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan)

RM     9,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM1,500.00)

RM     1,500.00


Contoh 2: Pengeluaran Bersama Pasangan
Encik Azman dan Puan Azlin telah membeli sebuah rumah berharga RM350,000.00 pada tahun 2005. Kedua-duanya telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM300,000.00 daripada Bank ’Y’.  Kini Encik Azman dan Puan Azlin ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman yang berjumlah RM280,000.00.  Bayaran ansuran bulanan Encik  Azman dan Puan Azlin kepada Bank ’Y’ adalah RM 2,500.00 sebulan. Simpanan Encik Azman dan Puan Azlin dalam Akaun 2 masing-masing adalah sebanyak RM 150,000.00 dan RM 100,000.00.  Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP bagi Encik Azman dan Puan Azlin adalah:

Harga Rumah

RM 350,000.00

Pinjaman Perumahan Di Bank 'Y'

RM 300,000.00

Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'Y'

RM 280,000.00

Bayaran Ansuran Bulanan

RM     2,500.00

Simpanan Dalam Akaun 2 Encik Azman

RM 150,000.00

Simpanan Dalam Akaun 2 Puan Azlin

RM100,000.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan Oleh Encik Azman

RM 150,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan x RM 2,500.00)

RM   15,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM2,500.00)
* Encik Azman memilih RM 1,500.00

RM     1,500.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan
oleh Puan Azlin

RM 100,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan x RM 1,000.00)
* RM1,000.00 merupakan amaun perbezaan di antara
jumlah pengeluaran pemohon pertama (Encik Azman)
dengan jumlah ansuran bulanan.

RM     6,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM1,000.00)
* RM1,000.00 merupakan amaun perbezaan di antara
jumlah pengeluaran pemohon pertama (Encik Azman)
dengan jumlah ansuran bulanan

RM     1,000.00


Amaun kelayakan En Azman dan Puan Azlin adalah tidak melebihi jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak pemberi pinjaman. Puan Azlin hanya boleh mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran En Azman dengan jumlah ansuran bulanan.

Contoh 3: Pengeluaran Dengan Pembiayaan Semula
Encik Azley telah membeli sebuah rumah berharga RM200,000.00 pada tahun 1995.  Beliau telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM180,000.00 daripada Bank ’A’.  Pada tahun 1999, Encik Azley telah membuat pembiayaan semula (refinance) ke atas pinjaman perumahannya.  Baki pinjaman di Bank ’A’ adalah sebanyak RM50,000.00 dan beliau telah mendapat pinjaman pembiayaan semula dari Bank ’B’ sebanyak RM200,000.00 untuk menebus hutang di Bank ’A’. Kini Encik Azley ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjamannya yang berjumlah RM160,000.00.  Simpanan Encik Azley dalam Akaun 2 adalah sebanyak RM170,000.00.  Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP Encik Azley adalah:

Harga Rumah

RM 200,000.00

Pinjaman Perumahan Di Bank 'A'

RM   50,000.00

Pinjaman Yang Diluluskan Oleh Bank 'B'

RM 200,000.00

Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'B'

RM 160,000.00

Bayaran Ansuran Bulanan

RM     2,000.00

Simpanan Dalam Akaun 2 Encik Azley

RM 170,000.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan
(Baki Pinjaman Asal)

RM   50,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan x RM2,000.00)

RM   12,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM2,000.00)

RM     2,000.00


Untuk pengeluaran akan datang, En Azley hanya layak mengeluarkan simpanan Akaun 2 tidak melebihi baki pinjaman asal sebanyak RM38,000.00 (RM50,000.00 – RM12,000.00).

» Kembali
 
Terma dan Syarat  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas