|
|
|
| Syarat-Syarat Pengeluaran |
Anda telah disahkan hilang upaya daripada segi fizikal atau mental untuk bekerja oleh doktor pakar yang memeriksa anda ATAU pegawai perubatan di klinik panel yang dilantik oleh KWSP. Permohonan anda mestilah disokong oleh laporan perubatan yang dibuat tidak lebih satu tahun daripada tarikh permohonan diterima. Anda tidak lagi bekerja semasa permohonan dibuat. Anda telah dibersarakan/ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan oleh majikan anda. Anda telah dibersarakan dan menerima pencen ilat dari PERKESO. Keperluan Menghadiri Sesi Temuduga: - Anda dikehendaki menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Pegawai KWSP semasa mengemukakan borang permohonan.
- Sesi temuduga boleh diadakan di rumah atau hospital jika pemohon tidak mampu untuk menghadiri temuduga di kaunter KWSP.
Amaun Yang Layak Dikeluarkan
Semua simpanan dalam akaun KWSP. |
|
|
|
|
| » Kembali |
|
|
| |
|