|
|
|
| Senarai Dokumen Yang Diperlukan |
Dokumen Utama Kad Pengenalan Awam/Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR). ATAUKad Pengenalan Polis dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama. ATAU
Pasport yang masih sahlaku/Kad Pengenalan Negara Domisil, sekiranya ahli bukan warganegara Malaysia. Nota :
Warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan dari luar negara dan memohon bayaran secara Draf Bank Asing perlu mengemukakan dokumen tambahan iaitu salinan pasport yang masih sahlaku. Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian) ATAU Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian) ATAU Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00. * Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik; DAN
* Akaun bank mestilah yang masih aktif
Nota: Bagi pemohon yang akan mengemukakan permohonan menerusi pos, anda dikehendaki melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Ahli Dan Pindaan Maklumat (KWSP3) dan menyertakan bersama-sama dengan borang permohonan. Ahli dinasihatkan membaca dengan teliti arahan-arahan di dalam panduan yang disertakan sebelum mengisi borang.
|
|
|
|
|
| » Kembali |
|
|
| |
|