DOKUMEN UTAMA
1.1 Borang Permohonan KWSP 9C (AHL).
1.2 Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)/ Kad Pengenalan Tentera/ Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR) ATAU Kad Pengenalan Polis dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama ATAU Pasport yang masih sahlaku. Sekiranya bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
1.3 Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian) ATAU Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian) ATAU Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00. 1.4 Surat Perjanjian Jual Beli (belian daripada pemaju); ATAU Surat Perjanjian Jualan ATAU Surat Perakuan Jualan Oleh Pentadbir/ Mahkamah (belian lelongan awam) yang mengandungi nama ahli atau semua nama ahli bagi pembelian bersama. - Tarikh perjanjian/ pengisytiharan tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan diterima.
1.5 Sekiranya mengambil pinjaman perumahan dokumen berikut perlu dikemukakan; - Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan hendaklah dikemukakan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada satu tahun); ATAU
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ Surat Ikatan Serahhak (’Deed of Assigment’) (sekiranya pinjaman melebihi setahun).
1.6 Bukti pertalian iaitu Sijil Perkahwinan/Sijil Lahir jika pembelian dibuat bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) DOKUMEN SOKONGAN
1.7 Sekiranya, ahli mengemukakan permohonan menerusi pos
A. PEMBELIAN DARIPADA PEMAJU ATAU LELONGAN AWAM Semua Dokumen Utama di perenggan 1.1 hingga 1.6 Sekiranya pembelian secara tunai, dokumen tambahan berikut hendaklah dikemukakan:
BELIAN DARIPADA PEMAJU | BELIAN DARIPADA LELONGAN AWAM | a) Surat pengesahan belian secara tunai daripada pemaju; DAN b) Bukti bayaran sekurang-kurangnya 20% daripada harga rumah; DAN c) Sijil Arkitek yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20%. | a) Surat Pengesahan Belian Tunai daripada peguam yang menguruskan proses jual beli; DAN b) Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah; DAN c) Dokumen Pindahmilik seperti berikut: - Borang KTN 16F (Perakuan Jual Oleh Mahkamah); ATAU
- Borang KTN 16I (Perakuan Jual Oleh Pentadbir Tanah); ATAU
- Suratan Hak Milik atas nama ahli; ATAU
- Suratan Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan dan diterima oleh pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007; ATAU
- Borang KTN 16F/ 16I atas nama ahli yang belum disempurnakan oleh Pejabat Tanah DAN Penyata Perserahan dari Pejabat Tanah yang sempurna DAN
Surat Akaun Berkanun (Surat Akuan Sumpah) yang mengesahkan pembelian rumah adalah benar dan sekiranya ahli tidak meneruskan pembelian atau tidak/gagal mengemukakan dokumen pindahmilik atas nama ahli dalam tempoh 6 bulan seperti yang ditetapkan, permohonan pengeluaran ahli dianggap terbatal dan ahli dikehendaki mengembalikan semula amaun pengeluaran yang telah dibuat kepada KWSP.
|
B. PEMBELIAN DARIPADA INDIVIDU Semua Dokumen Utama di perenggan 1.1 hingga 1.6 * Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (ibu/bapa/suami/isteri/anak/adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A)/ ‘Deed of Assignment’/‘Memorandom Of Transfer’
HAK MILIK INDIVIDU/ STRATA TELAH DIKELUARKAN | HAK MILIK INDIVIDU/STRATA BELUM DIKELUARKAN | Suratan Hak Milik atas nama penjual; DAN Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa); ATAU Suratan Hakmilik atas nama ahli; ATAU Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A) atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah. | Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli/Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa); ATAU Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dengan ahli yang telah disempurnakan.
|
- Sekiranya pembelian secara tunai, dokumen tambahan berikut hendaklah dikemukakan:
(a) Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan jual beli rumah; DAN (b) Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah; DAN (c) Sekiranya Borang KTN 14A atau Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) atas nama ahli belum disempurnakan, dokumen berikut diperlukan:
HAK MILIK INDIVIDU/ STRATA TELAH DIKELUARKAN | HAK MILIK INDIVIDU/ STRATA BELUM DIKELUARKAN | Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A) atas nama ahli yang belum disempurnakan oleh Pejabat Tanah; DAN Penyata Perserahan dari Pejabat Tanah; ATAU Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A) atas nama ahli yang belum disempurnakan oleh Pejabat Tanah DAN Surat Akaun Berkanun (Surat Akuan Sumpah) yang mengesahkan pembelian rumah adalah benar dan sekiranya ahli tidak meneruskan pembelian atau tidak/gagal mengemukakan dokumen pindahmilik atas nama ahli dalam tempoh 6 bulan seperti yang ditetapkan, permohonan pengeluaran ahli dianggap terbatal dan ahli dikehendaki mengembalikan semula amaun pengeluaran yang telah dibuat kepada KWSP
DAN Surat Kebenaran Pindahmilik daripada Pejabat Tanah/Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindah milik daripada pihak berkuasa). |
Surat Pengesahan daripada pemaju mengenai butiran rumah yang dibeli (Mengikut Seksyen 22D(4) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) pindaan 2007; DAN Surat Akaun Berkanun (Surat Akuan Sumpah) yang mengesahkan pembelian rumah adalah benar dan sekiranya ahli tidak meneruskan pembelian atau tidak/gagal mengemukakan dokumen pindahmilik atas nama ahli dalam tempoh 6 bulan seperti yang ditetapkan, permohonan pengeluaran ahli dianggap terbatal dan ahli dikehendaki mengembalikan semula amaun pengeluaran yang telah dibuat kepada KWSP; DAN Surat Kebenaran Pindahmilik daripada Pejabat Tanah/Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindah milik daripada pihak berkuasa) |
C. PEMBELIAN TANAH DAN PEMBINAAN RUMAH SERENTAK SECARA PAKEJ Semua Dokumen Utama di perenggan 1.1 hingga 1.6 Surat Perjanjian Bina Rumah yang mengandungi nama ahli, suami isteri atau ahli keluarga terdekat iaitu adik-beradik atau ibu bapa bagi pembelian bersama dan tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan diterima; Surat Perjanjian Jual Beli Tanah yang mengandungi nama ahli atau suami isteri atau ahli keluarga terdekat iaitu adik-beradik atau ibu bapa bagi pembelian bersama dan tarikh perjanjian tidak melebihi 6 bulan dengan tarikh Surat Perjanjian Bina Rumah; Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual/ pemilik tanah; - Surat Wakil Kuasa (‘Power Of Attorney’) yang telah didaftarkan di Mahkamah, sekiranya pembelian tanah dan pembinaan rumah menggunakan Surat Kuasa Wakil;
- Bukti pertalian iaitu Sijil Perkahwinan/Sijil Lahir jika pembelian dibuat bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak)
Sekiranya pembelian secara tunai, dokumen tambahan berikut hendaklah dikemukakan: (i) Surat pengesahan belian secara tunai daripada pemaju; DAN(ii) Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah; DAN(iii) Sijil Arkitek yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang 20%.
D. PENGELUARAN MEMBELI RUMAH KEDUA
(i) Dokumen bukti pembelian rumah kedua seperti di perenggan A hingga C yang mana berkenaan; DAN
(ii) Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama, mana-mana satu yang berikut:
(a) Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau rumah dipindah milik atas dasar kasih sayang (kepada ahli keluarga yang terdekat iaitu ibu/ bapa/ suami/ isteri/ anak/ adik beradik beserta bukti pertalian); ATAU
(b) Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/ penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan dan diterima oleh pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007)
(c) Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru; ATAU
(d) Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
(e) Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5 (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru (bagi penjualan sebelum 1 April 2007); ATAU
(f) Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN 16I) atau Perakuan jual oleh mahkamah (KTN 16F); ATAU
(g) Pengesahan bank pelelong mengenai lelongan harta; ATAU
(h) Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU (i) Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
(j) Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah/ Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam atau projek terbengkalai; ATAU
(k) Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/ peguam; ATAU (l) Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaran/pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru. Nota:
Bagi pemohon yang akan mengemukakan permohonan menerusi pos, anda dikehendaki melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP3) dan menyertakan bersama-sama dengan borang permohonan. Ahli dinasihatkan membaca dengan teliti arahan-arahan di dalam panduan yang disertakan sebelum mengisi borang.
|