1. Anda membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri; ATAU Suami/isteri anda membina sebuah rumah/rumah kampung di atas tanah milik anda; ATAU Anda membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Anda membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah. 2. Pembiayaan pembinaan rumah melalui:
(i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut: • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) • Kerajaan Pusat/Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan • Majikan ahli • Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
(ii) Secara tunai 3. Anda telah menandatangani Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima 4. Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Anda telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan 5. Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah. Kos membeli tanah juga boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah. 6. Anda tidak layak memohon sekiranya: • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja • Mengubahsuai, membaiki/membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf. • Membina rumah ketiga. • Membina rumah di luar negara • Membina rumah bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri
|