|
|
|
| Kaedah Bayaran |
Bayaran akan dibuat kepada ahli mengikut kaedah berikut: A. Bayaran Dalam Malaysia • Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda dengan syarat: a. Anda mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik.Sila klik link berikut untuk melihat Senarai Bank Panel KWSP.; DAN b. Akaun bank anda masih aktif; DAN c. Akaun bank anda ialah Akaun Simpanan/Semasa (jenis persendirian) ATAU Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00. d. Nombor pengenalan diri anda adalah sama dengan rekod bank e. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) • Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank. B. Bayaran Luar Malaysia Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut: • Matawang negara di mana anda bermastautin berdasarkan alamat di dalam Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL); ATAU • Dalam matawang US Dollar sekiranya KWSP tidak boleh membayar dalam matawang negara seperti di atas; ATAU • Matawang asing mengikut pilihan anda di dalam Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) |
|
|
|
|
| » Back |
|
|
| |
|