KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
     Laman Utama » Ahli » Maklumat Berkaitan Pengeluaran Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
Ahli
Maklumat Umum
Panduan Ahli Mengenai Perkhidmatan KWSP
Maklumat Berkaitan Pengeluaran
Jenis-jenis Pengeluaran
Perkhidmatan i-Akaun
Maklumat Tambahan

Status Selepas Pengeluaran Pekerja Berpencen

• Anda bukan lagi pekerja mengikut definisi Akta KWSP memandangkan anda dianggap telah membuat pengeluaran kesemua simpanan.

• Sekiranya anda bekerja semula dengan pihak swasta selepas pengeluaran ini, anda diwajibkan untuk mencarum kepada KWSP tanpa perlu membuat pendaftaran sebagai ahli baru.

• Anda hendaklah menggunakan nombor keahlian yang sama untuk mencarum dan layak menikmati semua faedah sebagai ahli KWSP.

Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan

• KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di Institusi Pengurusan Dana (IPD) apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.

Pilihan Mencarum Semula Selepas Pengeluaran

• Sekiranya anda ingin terus mencarum kepada KWSP, anda boleh memilih untuk mencarum semula di bawah kategori orang bekerja sendiri.

• Caruman hendaklah dibuat menggunakan Borang KWSP 6A (1) yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan KWSP dan dibayar oleh anda sendiri.

• Kadar caruman yang ditetapkan ialah tidak kurang daripada RM50.00 dan tidak melebihi RM5,000.00 sebulan. Caruman ini adalah daripada gaji anda sahaja dan majikan anda tidak lagi diwajibkan mencarum.

» Kembali
 
Terma dan Syarat  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas