KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
     Laman Utama » Ahli » Maklumat Berkaitan Pengeluaran Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
Ahli
Maklumat Umum
Panduan Ahli Mengenai Perkhidmatan KWSP
Maklumat Berkaitan Pengeluaran
Jenis-jenis Pengeluaran
Perkhidmatan i-Akaun
Cara Permohonan Dihantar

Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter atau melalui pos.

SERAHAN DI KAUNTER
• Sila bawa bersama dokumen asal beserta salinan dokumen bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP (jika belum dibuat pengesahan dokumen).

SERAHAN MELALUI POS
• Sila pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi pengesah kecuali bagi salinan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan oleh KWSP sebagai pegawai pengesahnya. Sila klik pautan berikut untuk mendapatkan Senarai Nama Pegawai Pengesah Dokumen Yang Dibenarkan.

  • Anda perlu melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Ahli Dan Pindaan Maklumat (KWSP3) dan menyertakan bersama-sama dengan borang permohonan. Anda dinasihatkan membaca dengan teliti arahan-arahan di dalam panduan yang disertakan sebelum mengisi borang.

    • Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada:

    KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
    Karung Berkunci No. 220
    Jalan Sultan
    46720 Petaling Jaya
    SELANGOR DARUL EHSAN



    Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

    Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya.

    Sila klik link berikut untuk melihat lebih lanjut tentang Senarai Peraturan dan Kesalahan

  • » Kembali
     
    Terma dan Syarat  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
    Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas