|
|
|
| Yuran Pengajian Yang Dibenarkan |
Yuran pengajian adalah semua bayaran yang dikenakan oleh pihak IPT termasuk yuran asrama dan kos tiket penerbangan sehala untuk IPT dalam dan luar negara (kelayakan semasa pelajar mendaftar di tahun pertama sahaja). Anda dibenarkan memohon pengeluaran untuk membiayai yuran pengajian di bawah keadaan berikut : (i) Membiayai sepenuhnya yuran pengajian yang belum dijelaskan kepada IPT; ATAU
(ii) Pembayaran balik kepada anda sekiranya yuran pengajian telah dijelaskan kepada IPT berdasarkan resit bayaran yang dikeluarkan oleh IPT dengan syarat tarikh resit tidak melebihi satu tahun pada tarikh permohonan diterima; ATAU
(iii) Membiayai yuran pengajian tertunggak dengan IPT, tertakluk kepada tarikh kuatkuasa pengeluaran dilaksanakan; ATAU
(iv) Mengurang/menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan institusi pemberi pinjaman yang diluluskan oleh KWSP; ATAU
(v) Anda/anak anda mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian
|
|
|
|
|
| » Kembali |
|
|
| |
|