KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
KWSP :: Simpanan Hari Tua Anda
Kembali ke Laman Utama
Ahli Majikan i-Akaun Tentang KWSP Usahaniaga KWSP Soalan Lazim enquiry
     Laman Utama » Berita » Pengumuman Email to Friend | Print
 
i-Akaun

  Login Kali Pertama
  Login Ke i-Akaun
  Pendaftaran Baru
  Hilang ID/Kata Laluan?
Carian:
Berita
Pengumuman
Terbaru di KWSP
Sorotan KWSP
Kalendar KWSP
Jadual Perubahan Skim KWSP

Berikut adalah jadual perubahan Skim KWSP mengikut tarikh-tarikh berkuatkuasa:

Perubahan Kepada Skim KWSP


Perubahan

Apakah Yang Berubah

Tarikh Berkuatkuasa

Pengeluaran umur 55 tahun lebih fleksibel

  • Pengeluaran bulanan minimum sebanyak RM250 untuk jangkamasa tidak melebihi 1 tahun;
  • Pengeluaran bulanan dengan jumlah minimum RM2,000 bagi setiap pengeluaran bila-bila masa;
  • Simpanan boleh digunakan untuk membeli anuiti, pencen swasta atau untuk pelaburan.

1 November 2007

Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1Juta

  • Pengeluaran minimum RM100,00 setiap 3 bulan untuk simpanan mempunyai amaun melebihi RM1 Juta;
  • Tiada had umur.

1 November 2007

Mengemaskini Pentadbiran

  • Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh hilang pekerjaan / ditamatkan perkhidmatan;
  • Pertikaian jumlah pengeluaran boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran diluluskan;
  • Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli;
  • Pertikaian kesasihan pengeluaran boleh dibuat dalam tempoh 6 tahun dari tarikh pengeluaran diluluskan;
  • Penalti Am dan tambahan hukuman kepada kes-kes berkaitan pemalsuan dan penipuan yang melibatkan penjara atau denda atau kedua-duanya.

1 November 2007

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

  • Pengeluaran mengikut jumlah diluluskan untuk pembayaran bulanan untuk 1 rumah.

1 Januari 2008

Penstrukturan semula pelaburan ahli

  • Membenarkan ahli dari semua peringkat umur melabur selagi Akaun 1 mempunyai baki simpanan minimum yang ditetapkan.

1 Februari 2008

Perlanjutan caruman KWSP sehingga umur 75 tahun

  • Pekerja berumur di antara 55 dan 75 tahun wajib mencarum pada kadar 5.5% sebulan;
  • Bayaran dividen sehingga ahli berumur 75 tahun.

1 Februari 2008

Pengeluaran membeli polisi insurans penyakit kritikal

  • Simpanan dari Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk membeli polisi insurans penyakit kritikal untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Akan dimaklumkan kemudian

Tambahan simpanan Akaun 1

  • Ahli menambah akaun 1 ibubapa;
  • Ahli menambah akaun 1 pasangan.

1 Julai 2008

Tuntutan harta perkahwinan atas simpanan ahli

  • Tuntutan ke atas simpanan pasangan akan dibayar setelah penuntut mencapai umur 55 tahun.

1 Julai 2008

Majikan besar wajib membuat bayaran caruman pekerja melalui saluran elektronik

  • Denda akan dikenakan kepada setiap majikan yang gagal mematuhi ketetapan ini;
  • Penggunaan media elektronik untuk membayar caruman pekerja;

Akan dimaklumkan kemudian

Perubahan kepada pengeluaran umur 50 tahun

  • Ahli berumur 50 tahun tidak dibenarkan membuat pengeluaran dari Akaun 2 sekiranya baki simpanan Akaun 1 tidak melebihi RM90,000.

Akan dimaklumkan kemudian



 
Terma dan Syarat  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian Semua Hakcipta Terpelihara. © 2010  |  www.kwsp.gov.my  | 
Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas