Lanjutan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2010 lalu, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diperkenalkan sebagai inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Skim ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2010. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
A. TUJUAN 1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. 2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan. 3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi: a. Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan. b. Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP c. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. B. PERMOHONAN PILIHAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
B1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia 2. ‘Orang yang Bekerja Sendiri’ ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja; DAN 3. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan). B2. CARA MEMOHON 1. Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M)) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web ini mulai 3 Januari 2010. 2. Serahan permohonan di kaunter KWSP atau melalui mel. C. BAYARAN CARUMAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
C1. SYARAT-SYARAT BAYARAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA 1. Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia. 2. Amaun bayaran caruman minimum adalah RM50. 3. Amaun bayaran caruman maksimum adalah RM5,000. C2. CARA MEMBUAT BAYARAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA 1. Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia - KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP mulai 3 Januari 2010. 2. Serahan Borang Bayaran bersama tunai/cek di kaunter KWSP.
C3. SUMBANGAN KERAJAAN DAN PENGKREDITAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA 1. Di samping dividen tahunan, Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 5% tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun. Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 5 tahun mulai tahun 2010 – 2014. 2. KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan. Apabila wang sumbangan Kerajaan diterima oleh KWSP, ia akan dikreditkan ke akaun ahli. D. PERTANYAAN
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, sila hubungi: • Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran • Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-89226000 • Enquiry Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP.
E. SOALAN LAZIM
Untuk melihat soalan-soalan lazim berkaitan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, klik di sini.
|