Kemaskini terakhir : 14 Jun 2019    

Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Empat jabatan membentuk Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) - Pengurusan Risiko; Audit dalaman; Integriti dan Tadbir Urus Korporat; dan Teknologi Maklumat - masing-masing mempunyai keupayaan tersendiri untuk memastikan rancangan dan objektif peringkat perusahaan diterjemahkan ke dalam rancangan pelbagai jabatan yang lain.

Jabatan Pengurusan Risiko

Objektif strategik Jabatan Pengurusan Risiko adalah untuk menyediakan amalan pengurusan risiko yang berkesan dan mantap dalam KWSP. Ini untuk memastikan pengurusan risiko yang proaktif dalam menghadapi ketidakpastian dalam persekitaran operasi dan untuk mengurangkan kemungkinan kesan buruk.

Internal Audit

Jabatan Audit Dalam

Jabatan Audit Dalaman menyediakan perkhidmatan bebas, objektif dan perkhidmatan perundingan yang direka untuk menambah nilai dan meningkatkan operasi KWSP.

Ia turut membantu KWSP mencapai objektifnya dengan membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan proses tadbir urus.

Integrity and Corporate Governance

Jabatan Integriti dan Tadbir Urus

Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Korporat mewujudkan satu sistem pengurusan yang cekap, telus dan mempunyai integriti tahap tertinggi.

Ia untuk menentukan dan menyelesaikan isu-isu semasa yang sangat berpengaruh serta menguatkuasakan langkah pencegahan dan pemulihan untuk mengatasi rasuah, pengendalian kes tatatertib, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang dilarang oleh undang-undang dan peraturan.

 
 
housing

Perlukan Bantuan?

Sila sertakan nombor ahli KWSP atau nombor kad pengenalan anda dan juga tajuk soalan anda semasa menghubungi KWSP.

Maklum Balas Pelanggan

Pejabat KWSP