Kemaskini terakhir : 31 Jul 2019    

EPF Learning Campus

Visi EPF Learning Campus (ELC) adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan serantau bagi keselamatan sosial. Seiring dengan era kemajuan teknologi, ELC menyediakan pembelajaran secara berterusan untuk membangunkan dan menawarkan peluang pembelajaran yang terbaik kepada anggota KWSP untuk terus maju di bidang pekerjaan masing-masing. Ini termasuk mengaplikasikan kaedah inovasi dan memupuk pemikiran yang berorientasi global.

Misi ELC boleh dicapai melalui kerjasama strategik dengan institusi keselamatan sosial terbaik yang lain. Bagi memastikan setiap inidividu mendapat manfaat sepenuhnya, latihan akan disediakan akan dilaksanakan secara amali atau secara digital dalam talian (online). Dengan berbekalkan pengalaman yang luas mengenai keselamatan sosial, ELC membuka peluang kerjasama dengan institusi lain bagi pembangunan ilmu pengetahuan dan penyediaan kemudahan infrastruktur pembelajaran di ELC.

Apa Kata Mereka

Previous Slide
Next Slide
  • "Pengurusan sentiasa berusaha dalam membuat penambahbaikan berterusan demi keselesaan anggota bagi aktiviti menimba ilmu dan pembelajaran. Terbaik untuk KWSP."

    Siti Yuha Bt Mohd Dom

    KWSP Negeri Pulau Pinang

  • "Terbaik kepada ELC, ruang pembelajaran dan penginapan yang bertaraf 5 bintang."

    Dr. Rahman Ibrahim

    Maklum Balas Pelanggan Kami

  • "I believe ELC will be admired by many other learning centre in Malaysia. I noticed they apply Accelerated Learning Approach in the space design. Plenty of Natural Lights and the furniture settings exude comfort. I really like the open concept of the Learning Space. Reminding me of GSV Lab in Silicon Valley."

    Yasmin Ahmad

    President of ICSMEE Malaysia (International Council for SMEs and Entrepreneurship ICSMEE)

  • "Penambahbaikan ELC seperti hotel bertaraf 5 bintang. Enjoy dan relax kursus di sini, dewan berkursus sangat memuaskan, deco ruang santai berwarna-warni, sangat menarik dan menyenangkan, ruang makan yang diubahsuai amat cantik dan selesa serta kebersihan yang amat terjaga."

    Rusyati Mohamad

    KWSP Negeri Sembilan

  • "Amazing 100% different. Tahniah kepada pihak pengurusan dengan sentuhan pengarah yang sangat kreatif dan inovatif semoga ELC semakin maju, berdaya saing dan mantap."

    Zainab Binti Atan

    KWSP Negeri Johor

  • "Persekitaran kerja yang dinamik dan pembelajaran kolaboratif."

    Akmanorlia Yahaya

    People Matters Department, KWSP

>Program Kami

Program Kami

Program Pendidikan Khas untuk Majikan Anjuran KWSP

Kursus ini memberi penekanan kepada pengurusan caruman, penyelesaian masalah dan prosedur kerja baru KWSP. Kursus ini akan turut menyentuh pembaharuan terkini dari aspek perkhidmatan KWSP kepada majikan seperti skim pengeluaran KWSP, i-Akaun serta menambah kajian-kajian kes sepertimana permintaan para peserta yang dinyatakan dalam borang penilaian mereka selepas menghadiri kursus.

 

1. Kursus Obligasi Majikan Terhadap Akta KWSP

Tajuk: Pengurusan Caruman & Prosedur Kerja Baru KWSP

 

  • Kumpulan Sasaran

Semua majikan/wakil serta bakal majikan terutama pegawai yang terlibat dalam aspek pembayaran caruman dan pengurusan sumber manusia.

 

  • Objektif Kursus

Peserta akan dapat mendalami pengetahuan mengenai peruntukan utama dan pindaan terkini dalam Akta KWSP dan memastikan majikan mereka menjalankan tanggungjawab moral dan undang-undang dalam melindungi hak pekerja mereka yang merupakan ahli KWSP. Di samping itu, peserta akan mempelajari langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak dan menyelesaikan masalah urusan pembayaran caruman KWSP.

 

  • Kandungan Kursus
    • Pengenalan kepada KWSP, Visi, Misi dan Piagam Pelanggan KWSP, Objektif Penubuhan, Fungsi, Tanggungjawab dan Peranan KWSP sebagai organisasi keselamatan sosial dan perkhidmatan untuk pelanggan.
    • Tanggungjawab Majikan untuk Mencarum, Definisi Pekerja, Majikan, Perkhidmatan & Perantisan dan Upah, Orang-orang yang Diwajibkan Mencarum, Upah yang Perlu Dicarum dan Dikecualikan.
    • Pengurusan Caruman KWSP, Pendaftaran Majikan dan Pekerja, Potongan, Pembayaran, Penghantaran Borang dan Pengesahan Caruman - Penyelenggaraan Rekod & Prosedur Kerja Baru KWSP, Teknik Penyelesaian Masalah, Kesilapan Bulan Caruman & Bulan Gaji, Kelebihan & Kekurangan Bayaran, Caruman Tanpa Maklumat Lengkap dan Borang A/E Defektif.
    • Hak & Faedah Ahli, Skim-skim Pengeluaran terkini KWSP, i-Akaun & Penamaan.

 

  • Tarikh dan Lokasi (Tahun 2019) 

Kalendar Kursus Jul - Dis

 

2. Bengkel Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja

Tajuk: Peranan Majikan dari Konteks Akta KWSP, Akta PERKESO, Akta Kerja dan Akta Cukai Pendapatan

 

  • Kumpulan Sasaran

Semua penyelia atau pengurus yang menguruskan hal ehwal pekerjaan, kewangan, undang-undang, pengurusan sumber manusia, perhubungan perusahaan dan percukaian.

 

  • Objektif Kursus

Peranan KWSP, PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja dalam merealisasikan prinsip keselamatan sosial di Malaysia dan keselamatan sosial pekerja. Hak dan faedah pekerja di bawah Skim KWSP. Isu-isu berkaitan faedah serta prosedur tuntutan Skim PERKESO. Perlindungan pekerjaan di bawah Undang-Undang Buruh, Isu-isu semasa berkaitan KWSP, PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

  • Kandungan Kursus
    • Menekankan kepentingan perlindungan pekerjaan dan keselamatan sosial melalui skim KWSP, LHDN, PERKESO dan Undang-Undang Buruh.
    • Menjelaskan isu-isu semasa berkaitan hak buruh dan faedah pekerja dari konteks Akta KWSP, Akta PERKESO, Akta Kerja dan Akta Cukai Pendapatan.
    • Memastikan peserta memperolehi satu kefahaman konseptual berkaitan hak-hak asas pekerja dan tanggungjawab undang-undang majikan.
  • Tarikh dan Lokasi (Tahun 2019) 

Kalendar Bengkel Jul - Dis

 

Nota: Tertakluk kepada pindaan akhir oleh EPF Learning Campus. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM300.00 bagi Kursus Obligasi Majikan Terhadap Akta KWSP (Pengurusan Caruman & Prosedur Kerja Baru KWSP) dan bayaran sebanyak RM1,000.00 untuk Bengkel Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja yang akan dikendalikan bersama oleh pegawai-pegawai kanan dari KWSP, PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan LHDN.

 

Majikan yang berminat untuk mengikuti program ini boleh menghubungi EPF Learning Campus di talian 03-8921 0329, 03-8921 0321 dan 03-8926 4571 atau melalui emel kepada ulm@epf.gov.my

 

Bersedia untuk membuat tempahan?

Hubungi kami di talian dan kami akan cuba untuk memenuhi pertanyaan anda.

Telefon 03 89210 325/330

 

Kemudahan Latihan Kami

Direka untuk kesesuaian aktiviti pembelajaran secara formal dan informal.

Rempah Ratus (Dewan Utama)
Makmal Komputer
Ruang Bengkel
Ruang Seminar
Kelas
Ruang Berinteraksi
Pusat Perniagaan (Business Centre)
Pusat Kecergasan
Ruai Inap (Asrama)
Ruang Rehat
Apartmen
Taman Rekreasi
Al-Falah (Surau)
Kafe
Logistik

Bersedia untuk membuat tempahan?

Hubungi kami di talian dan kami akan cuba untuk memenuhi pertanyaan anda.

Panggilan Talian Umum:

1. General Line: 03 8923 1512

Email: reservationruaiinap@gmail.com

2. EPF Staff: 03 8921 0325/330

Email: elc@epf.gov.my

Pusat Kecemerlangan

Pusat kecemerlangan ini diwujudkan untuk memberi kesedaran dan pendidikan yang lebih tinggi mengenai keselamatan sosial di rantau ini. Oleh itu, kami di KWSP telah bekerjasama dengan institusi yang terbaik untuk membawa masuk kepakaran dan pengetahuan terbaik dari seluruh dunia.

Bekerjasama Dengan

  • United Nations System Staff College (UNSSC)
  • International Training Centre of the ILO (ITCILO)

Objektif Kami

  • Membangunkan penyelidikan berasaskan sumber yang sahih bagi memastikan perancangan, pembangunan polisi dan latihan keselamatan sosial yang komprehensif untuk semua anggota KWSP.
  • Melaksanakan penyelidikan yang diperlukan supaya dapat memberi repon secara konstruktif terhadap perubahan demografik dan keperluan generasi akan datang, terutamanya mengenai simpanan persaraan dan isu berkaitan.
  • Menjadi saluran pemindahan pengetahuan mengenai perlindungan sosial yang akan dimanfaatkan untuk negara dan di dalam konteks perancangan persaraan.
  • Memastikan anggota KWSP memahami dan menghargai keperluan perlindungan sosial dan hubungannya dengan KWSP.

Topik Kami

  1. Khidmat pelanggan dan ketersediaan digital anggota KWSP: Satu tinjauan. (5YRP,p.28)
  1. Tabiat menyimpan dan melabur golongan Millennials: Satu tinjauan. (5YRP,p.29)
  1. Tabiat menyimpan dan melabur golongan bekerja sendiri: Satu tinjauan. (5YRP,p.29)
  1. Tahap celik kewangan ahli KWSP dan hubungannya dengan prestasi MIS
  1. Pengambilan kembali pekerja warga tua di Malaysia
  1. Kesan Industri 4.0 ke kepada perlindungan sosial
  1. Amalan terbaik masyarakat semakin berumur
  1. Sistem Perlindungan Sosial Malaysia (Buku teks Universiti 17 bab)
  1. Sistem Perlindungan Sosial Malaysia (Risalah)

Lokasi Kami

Bersedia untuk membuat tempahan?

Hubungi kami di talian dan kami akan cuba untuk memenuhi pertanyaan anda.

Telefon 03 89210 325/330

 

housing

Perlukan Bantuan?

Sila sertakan nombor ahli KWSP atau nombor IC anda dan juga tajuk soalan anda semasa menghubungi KWSP.

Maklum Balas Pelanggan

Pejabat KWSP