Kemaskini terakhir : 14 Ogos 2019    

Semua Tentang Tanggungjawab Anda

Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP.

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991

Caruman Wajib

Bila Dan Apa Yang Dicarumkan

Majikan hendaklah membayar caruman untuk sesuatu bulan upah pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya.

Contoh:
Gaji bulan Januari 2018
Maka Bulan Caruman adalah Februari 2018 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2018.

Anda dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP. Anda boleh memotong syer pekerja daripada gaji pekerja.

 

 

Kadar Caruman

Status Pekerja Kadar Gaji Bulanan Pekerja Peringkat 1
(Umur bawah 60 tahun)
Peringkat 2
(Umur 60 dan ke atas)
  1. Warganegara
  2. Penduduk Tetap 
  3. Bukan Warganegara (didaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998)
Tiada had  
  • Terpakai untuk (i) sahaja
    Syer Pekerja: 0%
    Syer Majikan: 4%
    (Rujuk Kadar Caruman–Bahagian E)
RM5,000 dan ke bawah Syer pekerja: 11%
Syer majikan: 13%
(Rujuk Kadar Caruman–Bahagian A)
  • Terpakai untuk (ii) dan (iii) sahaja
    Syer Pekerja: 5.5%
    Syer Majikan: 6.5%
    (Rujuk Kadar Caruman–Bahagian C)
Melebihi RM5,000 Syer pekerja: 11%
Syer majikan: 12%
(Rujuk Kadar Caruman–Bahagian A)
  • Terpakai untuk (ii) dan (iii) sahaja
    Syer Pekerja: 5.5%
    Syer Majikan: 6%
    (Rujuk Kadar Caruman–Bahagian C)
Bukan Warganegara  (didaftar sebagai ahli mulai 1 Ogos 1998 Tiada had Syer pekerja: 11%
Syer majikan: RM5.00
(Rujuk Kadar Caruman–Bahagian B)
Syer pekerja: 5.5%
Syer majikan: RM5.00
(Rujuk Kadar Caruman–Bahagian D)

Majikan tidak dibenarkan membuat pengiraan syer majikan dan syer pekerja berdasarkan peratusan tepat KECUALI bagi jumlah upah melebihi RM20,000.00.Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.

Contoh Pengiraan

Perkara Gaji Syer Majikan (12%) Syer Pekerja (11%) Jumlah (23%) Jenis pengiraan
Pengiraan Kadar Caruman (Jadual Ketiga) RM6,250.00 RM756.00 RM693.00 RM1,449.00 Pengiraan sebenar
Pengiraan berdasarkan peratusan tepat RM6,250.00 RM750.00 RM688.00 RM1,438.00 Kesilapan pengiraan

Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai ringgit penuh dan tiada nilai sen dibenarkan.

line

Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga)

Kadar caruman bagi majikan dan pekerja terkini yang berkuat kuasa mulai 'gaji/ upah' Januari 2019 boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991Majikan dikehendaki membayar caruman KWSP berdasarkan jadual ini.

 

Majikan dikehendaki menggunakan Jadual ketiga seperti berikut bagi caruman yang lewat dibayar mengikut tarikh kuat kuasa pada waktu itu. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat kadar caruman majikan dan pekerja:

  • Caruman Tertunggak

    Dalam keadaan majikan gagal membayar caruman dalam tempoh ditetapkan, caruman ini adalah dianggap sebagai caruman tertunggak. Dalam keadaan tertentu, KWSP akan membuat taksiran terhadap caruman tersebut.

    Pegawai Pemeriksa KWSP akan menyerahkan Borang KWSP 7 (Borang E) dan Borang KWSP 8 (Borang F). Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang KWSP 8 (Borang F).

    Caj Lewat Bayar Dividen

    Kadar caj lewat yang dikenakan adalah dikira berdasarkan dividen terendah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi setiap tahun berkenaan dengan ditambah satu (1) peratus.

    Jumlah minimum caj lewat bayar dikenakan adalah RM10. Mana-mana jumlah caj lewat bayar yang mempunyai nilai sen hendaklah digenapkan kepada nilai ringgit yang lebih tinggi.

    Contoh:

    Caj lewat bayar yang dikenakan ialah RM13.21 dan ianya hendaklah digenapkan kepada RM14 (ringgit yang lebih tinggi)

    Kadar dividen yang dikenakan adalah kadar dividen terendah antara kadar dividen Simpanan Konvensional dan kadar dividen Simpanan Shariah.

    Bagi tahun 2016 dan sebelum, kadar dividen Konvensional digunakan bagi pengiraan caj lewat bayar dan dividen.

line

Pilihan Untuk Mencarum

Siapa Yang Boleh Mencarum

Walaupun terdapat pekerja-pekerja yang dikecualikan mereka masih diberi pilihan untuk mencarum. Kedua-dua pihak pekerja dan majikan bertanggung untuk mencarum dan pilihan tersebut tidak boleh dibatalkan.


Syarat-Syarat Kelayakan

Pembantu domestik

Orang yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan

 

Borang KWSP 16 hendaklah diserahkan kepada KWSP dan satu salinan kepada majikan

Warganegara asing

Yang diambil bekerja dan negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada di Malaysia secara sementara di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan imigresen.

 

Borang KWSP 16B hendaklah diserahkan kepada KWSP dan satu salinan kepada majikan


line

Mencarum Melebihi Kadar Berkanun

Siapa Yang Boleh Mencarum

Majikan atau pekerja, atau kedua-duanya boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Kadar terakhir yang anda pilih untuk mencarum akan menjadi kadar berkanun yang baru dan kekal sehingga anda dan/atau majikan mengemukakan notis pembatalan.

Sekiranya majikan ingin membayar caruman sebanyak 5% melebihi kadar yang ditetapkan untuk syer majikan, pengiraan adalah seperti berikut:

  Gaji Pekerja Majikan Caruman Yang Perlu Dibayar
Kadar Berkanun Caruman Melebihi Kadar
A B C A+B+C
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 RM1,000 11% = RM110 13% = RM130 5% = RM50 RM290
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 RM6,250 11% = RM693 12% = RM756 5% = RM312.50 RM1,761.50 = RM1,762
(dibundarkan kepada ringgit berikutnya)
Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 RM1,000 0% = RM0 4% = RM40 5% = RM50 RM90
Perkerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 RM6,250 0% = RM0 4% = RM300 5% RM312.50 RM612.50 = RM613
(dibundarkan kepada ringgit berikutnya)

*Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991

 

Contoh ahli yang memilih untuk mencarum 5% lebih daripada kadar syer ahli:

  Gaji Pekerja Majikan Caruman Yang Perlu Dibayar
Kadar Berkanun Caruman Melebihi Kadar
A B C A+B+C
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 RM1,000 11% = RM110 5% = RM50 13% = RM130 RM290
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 RM6,250 11% = RM693 5% = RM312.50 12% = RM756 RM1,761.50 = RM1,762
(dibundarkan kepada ringgit berikutnya)
Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,0000 RM1,000 0% = RM0 5% = RM50 4% = RM40 RM90
Perkerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 RM6,250 0% = RM0 5% RM312.50 4% = RM300 RM612.50 = RM613
(dibundarkan kepada ringgit berikunya)

*Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991

Keperluan

Syer Pekerja sahaja

Syer Pekerja sahaja

Menghantar borang KWSP 17A (AHL) ATAU KWSP 17AA (AHL) bagi majikan yang mempunyai lebih daripada seorang pekerja

Syer Majikan sahaja

Syer Majikan sahaja

Menghantar borang KWSP 17 (MAJ)

Syer Pekerja dan Majikan

Syer Pekerja dan Majikan

Menghantar Borang KWSP 17A (AHL) DAN KWSP 17 (MAJ) masing-masing

Caruman ini hendaklah dibayar dalam jumlah ringgit yang genap bagi bulan caruman berikutnya.


Apa Yang Anda Perlukan

Dokumen

  Borang KWSP 17A (AHL) Borang KWSP 17AA (AHL) Borang KWSP 17 (MAJ)
Syer Pekerja sahaja (Individu)
Syer Pekerja sahaja (Berkumpulan)
Syer Majikan sahaja
Syer Pekerja dan Majikan

lineNotis Pembatalan Caruman Melebihi Kadar Berkanun

Untuk membatalkan pilihan mencarum melebihi kadar berkanun, majikan hendaklah mengemukakan notis pembatalan melalui Borang KWSP 18A (AHL) dan KWSP 18 (Maj). Dengan ini, kadar caruman akan mengikut kadar caruman berkanun semasa.

Apa Yang Anda Perlukan

Bayaran Caruman KWSP

Majikan hendaklah membayar caruman untuk sesuatu bulan upah pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya.

Anda dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP.

 

Bagi memastikan ketepatan dan mempercepatkan pengkreditkan ke akaun ahli, anda hendaklah memastikan:

  • Nama dan nombor kad pengenalan ahli di dalam Borang A adalah sama seperti kad pengenalan diri
  • Jumlah bayaran adalah sepadan dengan jumlah caruman di dalam Borang A.

Nota:
Majikan adalah bertanggungjawab menghantar borang caruman (Borang A) bersama bayaran untuk tujuan pengkreditan ke akaun ahli.

line

Kaedah Pembayaran Caruman Oleh Majikan

  • e-Caruman

    Majikan adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi e-Caruman bagi mempercepat dan mempermudahkan proses bayaran caruman bulanan.

    Saluran Bayaran Mod Pembayaran

    i-Akaun (Majikan)

    Anda boleh membuat bayaran dan/atau menghantar data caruman

    Maybank2u

    Financial Process Exchange (FPX)

    Direct Debit Authorisation (DDA)

line
  • Aplikasi Mudah Alih

    Majikan digalakkan menggunakan aplikasi e-Caruman untuk membuat pembayaran dan caruman bulanan yang lebih cepat dan mudah.

    Saluran Bayaran Mod Pembayaran

    Aplikasi e-Caruman

    Anda boleh membuat bayaran dan menghantar data caruman

    Financial Process Exchange (FPX)

line
  • Perbankan Internet

    Majikan juga boleh menggunakan perbankan internet dengan mendaftar di ejen bank yang telah dilantik oleh KWSP.

    Saluran Bayaran

    Perbankan Internet

    Anda boleh membuat bayaran dan menghantar data caruman

    Nota: Anda perlu mengaktifkan akaun perbankan internet bagi tujuan ini.

line
  • Ejen Bank

    Bayaran caruman bulanan (Borang A) bersama dengan caj lewat bayar dan dividen bagi pembayaran caruman tertunggak boleh dibuat melalui di mana-mana ejen bank yang dilantik.

    Pembayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan bank bersama borang caruman yang ditetapkan.

    Saluran Bayaran Mod Pembayaran

    Ejen Bank

    Jenis-jenis pembayaran:

    • Caruman (Borang A)
    • Caj Lewat Bayar/Dividen
    • Caruman Pilihan Sendiri
    • i-Saraan/i-Suri

    Tunai/Cek/MyDebit Corporate Card

    Senarai Bank

    • Bank Simpanan Nasional
    • Maybank
    • Public Bank
    • RHB Bank
line
  • Kaunter KWSP

    Majikan boleh menghantar borang bersama bayaran di mana-mana kaunter KWSP yang mempunyai fungsi peresitan di seluruh negara.

    Kaunter KWSP Mod Pembayaran
    • Alor Setar
    • Ipoh
    • Johor Bahru
    • Kangar
    • Kelantan
    • Kota Bharu
    • Kota Kinabalu
    • Kuala Lumpur
    • Kuala Terengganu
    • Kuching
    • Melaka
    • Muar
    • Seberang Jaya
    • Seremban
    • Shah Alam

    Tunai/Cek

    Nota:

    1. Semua jenis bayaran boleh dibayar di kaunter peresitan KWSP.
    2. Bayaran tunai caruman bulanan (Borang A) telah ditamatkan mulai 1 Januari 2018.
    3. Bayaran caruman bulan di kaunter KWSP dengan menggunakan cek/kiriman wang/wang pos tidak diterima mulai 1 Januari 2018.
    4. Bagi bayaran caruman yang lain (lewat bayar/dividen), had maksimum tunai sebanyak RM500 sahaja bagi setiap transaksi diterima di kaunter KWSP sehingga jam 3 petang sahaja.