Kemaskini terakhir : 12 Jul 2019    

e-Caruman membolehkan majikan membuat bayaran caruman KWSP mereka dengan menggunakan FPX, direct debit, perbankan internet dan aplikasi mudah alih (e-Caruman Apps).

Kelebihan

e-Caruman Untuk Majikan

Majikan yang mempunyai i-Akaun kini boleh membuat bayaran caruman bulanan berserta dengan butiran pekerja anda secara atas talian (online) melalui aplikasi e-Caruman.

e-Caruman tersedia untuk mereka yang mempunyai i-Akaun (Majikan).

e-Caruman juga menawarkan beberapa perkhidmatan permohonan seperti:

  • Borang A dan Bayaran
  • Borang A Sahaja
  • Bayaran Sahaja
line

Kelebihan e-Caruman

  • Caruman boleh di buat bila-bila masa dan di mana jua
  • Cepat, selamat dan jimat kos
  • Ketepatan maklumat majikan dan ahli
  • Semakan status transaksi secara atas talian (online)
  • Mudah dan mesra pelanggan
  • Semakan dan pembetulan maklumat ahli yang tidak lengkap (CTML)
  • Semakan caj lewat bayar/dividen
  • Mendaftar pekerja

Bayaran Caruman Dalam Talian (Online)

Terdapat beberapa langkah bagi membuat pengaktifan kemudahan e-Caruman, tetapi setelah proses pengaktifan tersebut selesai, proses transaksi pada bulan berikutnya akan menjadi lebih mudah. Selain mendaftar dengan i-Akaun (Majikan), majikan juga perlu memastikan perkara berikut:

Laman Web Bank

Bank Berkaitan

  • Maybank

FPX

Majikan perlu mempunyai perbankan internet dengan bank berkaitan FPX.

Bank FPX

  • Affin Bank
  • Alliance Bank Malaysia
  • AmBank
  • Bank Islam Malaysia
  • Bank Muamalat
  • Bank Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank
  • Deutsche Bank
  • Hong Leong Bank
  • HSBC
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • OCBC
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Standard Chartered Bank
  • UOB

Direct Debit Authorisation (DDA)

Majikan perlu mendapatkan borang DDA (Direct Debit Authorisation)  dan mendaftar DDA dengan menghantar borang DDA yang lengkap ke mana-mana kaunter RHB (kecuali RHB easy) atau kaunter KWSP. Bank yang berdaftar untuk perkhidmatan DDA adalah seperti dibawah.

Direct Debit Banks

  • Affin Bank
  • Alliance Bank Malaysia
  • Al-Rajhi Bank
  • AmBank
  • Bank Islam Malaysia
  • Bank Muamalat
  • Bank of America Merill Lynch
  • Bank of China (Malaysia)
  • Bank Pertanian (Agrobank)
  • Bank Rakyat
  • Bank of Tokyo
  • BNP Paribas
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank
  • Citibank
  • Deutsche Bank (Malaysia)
  • Hong Leong Bank
  • HSBC Bank
  • Industrial and Commercial Bank of China (ICBC)
  • J.P. Morgan Chase Bank
  • Maybank
  • Mizuho Corporate Bank Malaysia
  • OCBC Bank
  • Public Bank
  • RHB Bank (except RHB Easy)
  • Standard Chartered Bank
  • Sumitomo Mitsui Banking Corporation
  • UOB

Aplikasi Mudah Alih

Majikan boleh memuat turun aplikasi mudah alih e-Caruman melalui Google Play Store dan App Store

line
housing