Kemaskini terakhir : 13 Jun 2019    

Sebagai majikan, ia amatlah penting bagi anda untuk menghantar maklumat pekerja anda yang lengkap dan tepat, bagi membolehkan pihak KWSP mengkreditkan syer caruman mereka ke dalam akaun yang sepatutnya.

Jika majikan membekalkan maklumat yang tidak lengkap atau maklumat yang tidak sepadan dengan rekod ahli yang didaftarkan di KWSP, amaun caruman tersebut secara automatik akan berada dalam Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML) dan tidak akan dikreditkan ke dalam akaun ahli.

Sebab-Sebab CTML

  • Kesalahan ejaan nama ahli
  • 12-digit nombor kad pengenalan tidak tepat
  • Nombor ahli KWSP tidak tepat
line

Bagaimana Untuk Mengelak Berlakunya CTML

Pastikan anda maklumat tiga perkara ini dengan tepat.

KWSP Member’s ID No.

No. Ahli KWSP

Identification Number
                                    (NRIC, Passport and others)

Nombor Pengenalan Diri
(Kad Pengenalan)

ies

Nama dengan ejaan yang tepat seperti dalam dokumen pengenalan diri

line

Semakan CTML

Terdapat beberapa kaedah bagi anda membuat semakan dan menentukan jika caruman pekerja anda telah pun di alihkan bawah CTML:

  • Kemudahan e-CTML di dalam i-Akaun (Majikan)
  • Penyata Caruman Bulanan Majikan
    ATAU
    Senarai Penyata Majikan Elektronik
  • Borang KWSP 1314 
line

Tindakan Penyelesaian CTML

Majikan boleh menggunakan i-Akaun (Majikan) untuk menyelesaikan isu CTML serta memastikan caruman pekerja dapat dikreditkan kembali ke dalam akaun mereka.

  • e-CTML

    Kemudahan e-CTML membolehkan pemegang i-Akaun (Majikan) menyelesaikan rekod CTML secara dalam talian (online). Majikan boleh menggunakan kemudahan carian maklumat di dalam i-Akaun (Majikan) bagi mendapatkan maklumat yang betul mengenai ahli. Anda hanya memerlukan nombor Kad Pengenalan atau nombor KWSP ahli sahaja.

    Kelebihan e-CTML

     
    • Transaksi boleh di buat pada bila-bila masa dan di mana jua
    • Penyelesaian CTML cepat, tepat dan selamat
    • Semakan status transaksi secara dalam talian (online)
    • Mesra pelanggan dan senang digunakan
    • Kelulusan aliran kerja dua-peringkat*

    *Majikan boleh melantik sesiapa sahaja sebagai pentadbir dan melantik mana-mana individu sebagai Penyedia dan Pelulus.


  • Permohonan Penyelesaian CTML melalui Kaunter 

    Tidak mempunyai i-Akaun (Majikan) ? Anda juga boleh menyelesaikan CTML anda di
    kaunter KWSP.

    Apa anda perlukan

     
    • Borang KWSP 1314
    • Penyata caruman bulanan

    Cara memohon

     
    • Pastikan pekerja baru telah didaftarkan sebagai ahli KWSP.
    • Isikan borang dengan maklumat seperti nama pekerja, nombor kad pengenalan, dan nombor Ahli KWSP. (Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul dan sepadan dengan rekod ahli di KWSP).
    • Tandatangan borang tersebut dan kembalikan kepada KWSP.

 
housing