Kemaskini terakhir : 17 Mei 2019    

Offences and Penalties

Majikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991. Jika anda gagal berbuat demikian anda tertakluk kepada penalti yang disenaraikan di bawah.

Seksyen Kesalahan Penalti
41(1)
Kegagalan mendaftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari setelah mengambil pekerja.
Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
43(2)
Kegagalan membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb.
59(1) Kesalahan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis.
48(3) Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP.
Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
47(1) & 47(2) Memotong atau cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja.
41(3) Kegagalan memaklumkan KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja.
Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
42(1) Kegagalan menyedia dan memberikan slip gaji kepada pekerja.
46(1) Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak.
Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:
  • Tindakan kebankrapan.
  • Penyitaan dan penjualan aset.
  • Larangan Keluar Negara
    Seksyen 39 - Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan

Takrifan lengkap seksyen di atas, sila rujuk kepada Akta KWSP 1991

housing