Kemaskini terakhir : 13 Jun 2019    

Salah satu tanggungjawab majikan adalah untuk sentiasa memastikan rekod anda bagi memastikan caruman ahli adalah teratur.

Mengemaskini Maklumat

Apa Yang Perlu Dikemaskini

Sebagai majikan, anda perlu tahu mengenai kepentingan mengemaskini maklumat anda ke maklumat yang terkini. Di bawah adalah sebahagian daripada maklumat yang penting dan perlu di kemaskini dengan KWSP sebelum tarikh akhir bayaran caruman pada bulan berkenaan.

line

Perubahan Alamat Dan Nama/Status Majikan

Majikan perlu memaklumkan KWSP dalam masa 14 hari jika terdapat pertukaran alamat.

Bagi pertukaran nama dan status, contoh daripada Pemilik Tunggal kepada Perkongsian, majikan hendaklah memaklumkan kepada KWSP dalam tempoh 21 hari dengan menggunakan Borang KWSP 1 (MAJ).


Pemberhentian Pekerja

Sebagai majikan, anda perlu memaklumkan KWSP jika anda menghadapi senario di bawah.

  1. Berhenti mengambil pekerja sementara waktu
    Majikan yang tidak mempunyai pekerja untuk sesuatu bulan perlu memaklumkan KWSP melalui surat/emel ataupun saluran yang ditetapkan dari masa ke semasa.

    KWSP boleh membatalkan Nombor Rujukan Majikan sekiranya majikan tidak bertanggung/tiada pekerja untuk tempoh 6 bulan berturut-turut.

  2. Tidak mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja
    Majikan yang tidak mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja pada masa akan datang, perlu memaklumkan KWSP dengan melengkapkan Borang KWSP 6 (Borang B)/surat/emel atau lain-lain saluran yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari.

    Sila maklumkan KWSP sekiranya anda mengambil pekerja semula.


Penamatan Operasi

Majikan yang ingin menamatkan operasi perlu memaklumkan KWSP sama ada dengan melengkapkan Borang KWSP 6 (Borang B)/surat/emel atau lain-lain saluran yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari.

Apa Anda Perlu Menyenggara

Dengan memastikan rekod anda kemas dan terkini, anda boleh mempercepatkan proses bulanan. Kerana bila anda mengamalakan 3 perkara yang berikut untuk menyenggara rekod anda, ia pasti akan membantu anda pada masa hadapan.

line


  • Buku/Daftar Upah/Gaji

    Majikan hendaklah menyelenggara & menyimpan Buku/Daftar Upah dan rekod KWSP, sekurang - kurangnya enam (6) tahun dari tarikh maklumat terakhir direkodkan.
    Seksyen 42(2) Akta KWSP 1991

    Buku/Daftar Upah/Gaji ini hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pemeriksa KWSP untuk semakan apabila diminta.

    Butiran yang perlu direkodkan dalam Buku/Daftar Upah/Gaji:

    1. Nama penuh pekerja
    2. Nombor ahli KWSP
    3. Jantina
    4. Tarikh lahir
    5. Nombor kad pengenalan/nombor pasport
    6. Kewarganegaraan pekerja
    7. Alamat tempat tinggal
    8. Jawatan
    9. Tarikh mula bekerja
    10. Kaedah pembayaran upah/gaji (Contohnya: harian/mingguan/bulanan)
    11. Upah/gaji untuk tempoh berkenaan
    12. Pembayaran lain bagi tempoh berkenaan
    13. Amaun yang dipotong untuk caruman KWSP
    14. Amaun yang dibayar oleh majikan untuk caruman KWSP
  • Menyediakan Penyata Upah/Slip Gaji

    Majikan hendaklah menyedia dan memberikan penyata upah yang menunjukkan potongan KWSP kepada pekerja.
    Seksyen 42(1) Akta KWSP 1991

    Sebagai majikan anda wajib memberikan penyata atau slip gaji setiap bulan kepada pekerja anda.

    Penyata atau slip gaji perlu memaparkan potongan caruman syer pekerja dan syer majikan.

    Majikan bertanggungjawab untuk mencarum syer pekerja dengan memotong gaji pekerja serta bertanggungjawab untuk mencarum syer majikan. Jumlah caruman syer pekerja dan syer majikan hendaklah berdasarkan Kadar Caruman (Jadual Ketiga) Akta KWSP 1991.

    Penyata Upah/Slip Gaji hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

    1. Nama penuh pekerja
    2. Nombor ahli KWSP
    3. Jantina
    4. Nombor kad pengenalan/nombor pasport
    5. Kewarganegaraan
    6. Kaedah pembayaran upah (Contohnya: harian/mingguan/bulanan)
    7. Upah/gaji untuk tempoh berkenaan
    8. Tarikh bayaran upah/gaji
    9. Pembayaran lain bagi tempoh berkenaan
    10. Amaun yang dipotong untuk caruman KWSP
    11. Nombor pendaftaran majikan
    12. Amaun yang dibayar oleh majikan, untuk caruman syer majikan
    13. Nama penuh majikan/wakil majikan, tandatangan serta tarikh penyata dikeluarkan
  • Maklum Balas Penyata Caruman

    Majikan bertanggungjawab untuk menyemak ketepatan maklumat di dalam penyata caruman yang diterima.

    Jika terdapat sebarang kesilapan, sila maklumkan kepada KWSP dalam masa sebulan dari tarikh yang anda menerima Penyata Caruman.

    Majikan kini boleh mendapatkan Penyata Caruman melalui emel.


    Cara Untuk Mendaftar

    Langkah 1

    Log masuk ke i-Akaun (Majikan) anda dan klik ‘Profil’

    Langkah 2

    Klik ‘Maklumat Perhubungan’ dan seterusnya pilih ‘Kemaskini’

    Langkah 3

    Kemaskinikan alamat emel rasmi majikan di ruang ‘Emel’
    Hanya satu alamat emel dibenarkan

    Langkah 4

    Selepas disempurnakan, klik ‘Hantar’ dan siap

    line

    Cara Untuk Pengesahan

    Anda boleh mengesahkan status Penyata Caruman secara emel dengan menghantarkan emel kepada epostedlist@epfgov.my dengan menggunakan format di bawah.

    • Nombor Majikan
    • Nama Syarikat/Kementerian/Jabatan
    • Alamat Emel
    • Nombor Telefon Untuk Dihubungi
housing