Kemaskini terakhir : 24 Jul 2019    

Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP.

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991

Penentuan Tanggungan Mencarum

Terdapat tiga elemen utama dalam penentuan tanggungan mencarum kepada KWSP.

  • Majikan
  • Pekerja, Kontrak Perkhidmatan atau Perantisan
  • Upah

Anda perlu berdaftar dengan KWSP jika memenuhi maksud kesemua elemen ini.

line
Majikan

Majikan adalah pihak yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Majikan termasuklah:

Pengurus, ejen atau orang

Pengurus, ejen atau orang

yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang 'pekerja'

Mana-mana kumpulan orang

Mana-mana kumpulan orang

Sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan

Government, government department, statutory body, local authority or other bodies

Mana-mana Kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain

yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991

Bermaksud orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan yang perihalannya tidak dimasukkan di dalam Jadual Pertama, Akta KWSP 1991.

Maklumat Individu Yang Tidak Diwajibkan Mencarum Jadual Pertama, Akta KWSP 1991

Kontrak perkhidmatan atau perantisan boleh dibuat secara bertulis atau lisan, nyata atau tersirat.

“Kontrak Perkhidmatan” ialah satu perjanjian di mana seseorang bersetuju untuk mengambil bekerja seseorang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja.

“Kontrak Perantisan” ertinya sesuatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan seorang majikan yang mengaku janji untuk mengambil kerja orang itu dan melatih atau menyebabkannya dilatih secara sistematik bagi sesuatu pekerjaan selama suatu tempoh tertentu yang diluluskan oleh majikan yang dalam perjalanan latihan itu perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu. (Rujuk definisi Perantisan - Akta Kerja 1955)
 

Umur minimum: Umur pekerjaan adalah tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

Umur maksimum: 75 Tahun

Orang Yang Tidak Diwajibkan Mencarum

Orang-orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991 adalah dikecualikan daripada mencarum seperti berikut:

  • Orang Asli Nomad melainkan jika dalam mana-mana hal tertentu Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli mengesyorkan selainnya
  • Orang-orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273], KECUALI apabila diambil bekerja:
    1. oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta ini;
    2. oleh mana-mana pertubuhan yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan atau pertubuhan-pertubuhan koperasi
    3. dalam mana-mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan Pelesenan Tred bagi Negeri Sabah [Sabah Bab 144], Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Tred bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 33], atau Ordinan Nama-Nama Perniagaan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 64], mengikut mana yang berkenaan
    4. oleh mana-mana perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  • Pekerja luar (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273]).
  • Orang-orang yang ditahan di mana-mana penjara, Sekolah Henry Gurney, tempat tahanan, hospital mental dan Pusat Pemulihan yang mempunyai erti yang sama dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atau penempatan penyakit kusta.
  • Anggota Pentadbiran Kerajaan (Rujuk Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan).
  • Orang-orang yang diambil bekerja dan negara domisilnya adalah di luar Malaysia (warganegara asing) yang tidak memilih untuk mencarum.
  • Pekerja yang telah mencapai umur 75 tahun.

Orang Yang Diwajibkan Mencarum

Selain daripada orang-orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991, seorang majikan hendaklah membayar caruman KWSP bagi mana-mana orang yang diambil untuk bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Upah merupakan semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.

 

Bayaran Yang Dikenakan Caruman KWSP, Antaranya Ialah

Salary

Gaji

Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan

Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan

Bonus

Bonus

Elaun

Elaun

Komisen

Komisen

Upah bagi cuti separuh gaji

Upah bagi cuti separuh gaji

Insentif

Insentif

Tunggakan upah

Tunggakan upah

Upah bagi cuti bersalin

Upah bagi cuti bersalin

Upah bagi cuti belajar

Upah bagi cuti belajar

Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

line

Bayaran Yang Tidak Dikenakan Caruman KWSP

Caj perkhidmatan

Caj perkhidmatan

Bayaran kerja lebih masa

Bayaran kerja lebih masa

Ganjaran

Ganjaran

Faedah persaraan

Faedah persaraan

Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan

Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan

Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan

Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan

Yuran Pengarah

Mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Akta KWSP 1991

line

PENJELASAN KE ATAS BAYARAN YANG DIKECUALIKAN

Terdapat tujuh jenis bayaran yang dikecualikan daripada caruman KWSP.

line
  • Caj Perkhidmatan
    1. Caj perkhidmatan ialah apa-apa wang atau bayaran sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, yuran perkhidmatan, tip atau bayaran-bayaran lain yang dibayar oleh, dicajkan kepada, dikutip daripada atau diberi secara sukarela oleh pelanggan atau orang-orang lain (yang bukannya majikan) berhubung dengan perniagaan majikan itu.
    2. Bayaran itu dibayar kepada seseorang pekerja sama ada pada keseluruhan atau sebahagian secara langsung atau tidak langsung dan sama ada di bawah kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja atau selainnya.
line
  • Bayaran Lebih Masa

    Apa-apa bayaran yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja untuk kerja yang melebihi masa bekerja biasa pekerja tersebut dan termasuk apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan pada hari kelepasan dan hari rehat.

line
  • Ganjaran

    Apa-apa bayaran yang dibayar oleh majikan kepada pekerja atas sebab tamat tempoh perkhidmatan atau pemberhentian secara sukarela sebagai mengiktiraf perkhidmatan pekerja tersebut.

line
  • Faedah Persaraan & Pemindahan Faedah Persaraan

    Apa-apa yang dibayar oleh pekerja kerana bersara samada secara wajib atau pilihan atau atas sebab-sebab kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah perkhidmatan pekerja itu.

    1. Sebagai tambahan kepada Seksyen 43, seseorang majikan atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa, dengan keizinan pekerja, meremitkan kepada Lembaga
      1. apa-apa wang yang merupakan faedah persaraan pekerja itu; atau
      2. apa-apa wang daripada apa-apa skim atau rancangan persaraan lain yang berhubungan dengan pekerja itu,

    mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

    1. Seseorang pekerja atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa meremitkan kepada Lembaga apa-apa wang daripada mana-mana skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja atau orang itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
    2. Apabila Lembaga menerima apa-apa wang yang diremitkan di bawah subseksyen (1) atau (2), Lembaga hendaklah mengarahkan wang itu dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut seksyen 50

    Seksyen 44, Akta KWSP 1991

    "Faedah Persaraan" bermaksud apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja kerana bersara sama ada secara wajib atau pilihan atau atas sebab-sebab kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah kontrak perkhidmatan pekerja tersebut.

    Majikan boleh dengan persetujuan pekerja, membuat pemindahan ke dalam akaun KWSP pekerja apa-apa wang dari skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja tersebut. Pemindahan tersebut boleh dibuat melalui Borang KWSP 16F sebagai individu ataupun berkumpulan.

    Istilah am untuk pemindahan wang Faedah Persaraan kepada KWSP adalah: -

    • Majikan perlu mendapatkan persetujuan daripada pekerja mengikut peruntukan Seksyen 44 Akta KWSP sebelum pemindahan Faedah Persaraan
    • Sekiranya majikan gagal menghubungi pekerja/ahli dan telah memohon untuk faedah persaraan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli/pekerja, majikan dikehendaki melengkapkan dan menandatangani surat Akuan Bersama dan Indemniti Pemindahan Faedah Persaraan Pekerja kepada KWSP.
line
line
line
  • Mana-Mana Saraan Atau Bayaran Lain Sebagaimana Yang Dikecualikan Oleh Menteri
     
line

 

 

housing