Kemaskini terakhir : 22 Jul 2019    

reduce/nomination

Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Siapa Yang Boleh Membuat Penamaan

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)

Kepentingan Penamaan

Requirements

Memendekkan proses pengeluaran

Requirements

Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah

Requirements

Memastikan waris mewarisi simpanan anda

  • Memulakan Penamaan

    Penamaan boleh di buat oleh ahli dengan melengkapkan KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

  • Dokumen yang diperlukan
    DOKUMEN WARGANEGARA MALAYSIA/PR BUKAN WARGANEGARA
    (Menjadi Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
    Borang Penamaan (KWSP 4)
    Salinan Kad Pengenalan/ MyKad / Kad Pengenalan Tentera  
    Salinan passport yang sahlaku  
    Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama*

    Penamaan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 yang baru. Penamaan baru akan membatalkan penamaan ahli yang terdahulu.

Ahli Beragama Islam

Siapa Yang Boleh Anda Namakan

  • Mana-mana individu
  • Amanah Raya Berhad (ARB)
 
* Sebagai Wasi/ Pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak mengikut Undang-Undang Islam

*Sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB akan menjadi pentadbir kepada SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli.

Memahami Proses Penamaan

  • Senario 1

    Anda melantik penama/pentadbir (Wasi) bagi membayar dan mengagihkan simpanan KWSP kepada pewarisnya yang sah.

  • Senario 2

    Ahli menamakan dua penama, kedua-duanya berumur 18 tahun ke atas dengan 30% dan 70% bahagian masing-masing. Satu penama meninggal dunia sebelum kematian ahli.

Status Penamaan

Sebelum 1 Januari 2017 Selepas 1 Januari 2017
Penama Berumur 18 tahun ke atas Penama berumur 18 tahun ke bawah Penama Berumur 18 tahun ke atas Penama berumur 18 tahun ke bawah
  • Penama layak memohon
  • Bayaran akan di buat kepada Penama/Pentadbir (wasi)
  • Penama layak memohon apabila mencapai umur 18 tahun
  • Bayaran akan di buat kepada Penama/Pentadbir (wasi)
  • Pemohonan Pengeluaran Kematian perlu dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kematian ahli 
  • Bayaran akan di buat kepada Penama/Pentadbir (wasi)

  • Penamaan terbatal kecuali penama mencapai umur 18 tahun dalam masa setahun selepas kematian ahli 
   
*Jika tiada permohonan dibuat dalam tempoh setahun

  • Penamaan adalah terbatal
  • Waris ahli boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur Pengeluaran Kematian secara tanpa penamaan

Jika Tiada Penamaan

Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan Pengeluaran Kematian ke pejabat KWSP.

Semakan Maklumat Penamaan

Semak maklumat penamaan anda di mana-mana cawangan terdekat atau gunakan i-Akaun (Ahli) atau aplikasi mudah alih kami untuk akses yang lebih mudah dan cepat.

i-Akaun (Untuk ahli berdaftar sahaja)

Aplikasi mudah alih i-Akaun (Ahli)

Kunjungi cawangan KWSP berdekatan anda

Salah Faham Mengenai Penamaan KWSP

Mitos Fakta
Simpanan akan dipindahkan ke ARB jika tidak dituntut Simpanan yang masih di KWSP hanya akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun
Kematian membatalkan keseluruhan penamaan Hanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja terbatal
Waris perlu menuntut dalam masa 3 hari sahaja, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARB Bagi ahli beragama Islam sahaja, penamaan akan terbatal jika Penama/Pentadbir (Wasi) tidak membuat permohonan pengeluaran dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian ahli

Pembatalan Penamaan

Kadangkala, perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan ia mengubah status penamaan anda. Cara terbaik bagi menangani situasi tersebut adalah dengan memastikan anda mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menanganinya dengan baik.

Penamaan yang di buat terbatal sekiranya:

Ahli Beragama Islam Ahli Bukan Beragama Islam
  1. Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
  2. Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
  3. Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
  4. Penama belum mencapai umur 18 tahun ketika permohonan pengeluaran kematian di buat oleh penama/waris
  5. Penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian ahli
  6. Untuk penamaan yang dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun (kesemua simpanan) pada atau sebelum 1 Februari 2008
  1. Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
  2. Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
  3. Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
  4. Untuk penamaan yang dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun (kesemua simpanan) pada atau sebelum 1 Februari 2008

Siapa Yang Boleh Anda Namakan

  • Mana-mana individu
  • Amanah Raya Berhad (ARB)
 
* Sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB adalah Pentadbir kepada SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli.

* Ahli (bukan Islam) juga boleh menamakan ARB sebagai Pemegang Amanah kepada penama yang berumur kurang daripada 18 tahun.

Memahami Proses Penamaan

  • Senario 1

    Ahli menamakan satu atau lebih penama.

  • Senario 2

    Ahli menamakan dua penama, kedua-duanya berumur 18 tahun ke atas dengan 30% dan 70% bahagian masing-masing. Satu penama meninggal dunia sebelum kematian ahli.

Status Penamaan

Sebelum 1 Januari 2017 Selepas 1 Januari 2017
Penama berumur 18 tahun ke atas Penama berumur 18 tahun ke bawah Penama berumur 18 tahun ke atas Penama berumur 18 tahun ke bawah
  • Permohonan pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa
  • Penama layak memohon
  • Bayaran akan di buat kepada Penama
  • Permohonan pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa
  • Penama layak memohon apabila mencapai umur 18 tahun
  • Bayaran akan di buat kepada Penama
  • Pemohon pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa
  • Pemohon layak memohon 
  • Bayaran akan di buat kepada Penama
  • Pemohon pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa
  • Penama layak memohon apabila mencapai umur 18 tahun
  • Ahli boleh melantik ARB sebagai Pemegang Amanah bagi waris yang berumur 18 tahun ke bawah

Jika Tiada Penamaan

Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian ahli, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan Pengeluaran Kematian ke pejabat KWSP.

housing