Kemaskini terakhir : 13 Jun 2019    

Simpanan KWSP anda memastikan anda mempunyai simpanan persaraan setelah anda bersara atau tidak lagi bekerja. Oleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.

Menjadi Ahli

Menjadi Ahli

Terdapat pelbagai cara untuk mendaftar sebagai ahli KWSP.

 

Cara Mendaftar

  • Automatik

    Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.

    Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

  • Kaunter

    Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.

    Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.

  • i-Akaun Majikan

    Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.

    Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.

  • Kiosk

    Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.

    Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

  

PERINGATAN PENTING

Setiap nombor ahli KWSP adalah unik. Nombor ahli ini adalah juga nombor akaun KWSP anda yang akan digunakan dalam setiap urusan KWSP anda, termasuk bayaran caruman dan pengeluaran. Oleh itu, ia amatlah penting bagi memaklumkan nombor keahlian anda kepada majikan baru bagi memastikan bayaran caruman dapat dikreditkan secara berterusan dan tepat ke dalam akaun KWSP anda.

Pilihan Simpanan Anda

Setiap ahli boleh memilih untuk: 

  • Mengekalkan akaun mereka di bawah Simpanan Konvensional di mana simpanan mereka akan diuruskan dan dilaburkan secara konvensional; atau
  • Menukar akaun mereka ke Simpanan Shariah di mana simpanan mereka akan diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip-prinsip syariah.
 

Baca lebih lanjut mengenai Simpanan Konvensional vs Simpanan Shariah

Daftar & Aktifkan i-Akaun

KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Langkah 1

Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.

Langkah 2

Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon 'Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.

*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS

Langkah 3

Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.

*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan

Langkah 4

Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Langkah 5

Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

 

housing