Kemaskini terakhir : 05 Ogos 2019    

umur 50

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan

Keperluan

Warganegara dan Bukan Warganegara

Keperluan

Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun

Keperluan

Mempunyai simpanan dalam Akaun 2

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

  • Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
  • Sebahagian dari Simpanan Akaun 2
 

Apa Yang Anda Perlukan

Dokumen

Dengan MyKad

  • Sijil Kelahiran/Surat Pengesahan Identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir berbeza dari yang tercatat di kad pengenalan
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

*Ahli tidak perlu mengisi borang permohonan, hanya perlu menurunkan Cap Ibu Jari (CIJ) di atas 'Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran' sebagai bukti permohonan pengeluaran.


Dokumen

Tanpa MyKad

  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
     
  • Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
     
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengesahan cop ibu jari gagal
  •   CARA PEMBAYARAN
    Bayaran Dalam Negara Bayaran Luar Negara
    Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
    Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
    Bayaran penuh akan di buat melalui draf bank luar negara di dalam mata wang pilihan anda
    Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
    Anda akan diberi cek jurubank
    Jika bayaran ke akaun anda gagal
    Bayaran penuh akan di buat melalui draf bank luar negara di dalam mata wang US Dolar
    Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan
  •   PERINGATAN PENTING

    1. Mengesahkan dokumen anda

    Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.

    (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

    ORANG YANG DIBERI KUASA

    2. Pastikan bank panel anda

    Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli.

    BANK PANEL KWSP

    3. Hantar ke KWSP

    Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

    CARI KWSP TERDEKAT
    MEL KE KWSP

    4. Perlu maklumat lanjut?

    Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

    MUAT TURUN RISALAH PENGELUARAN 50
housing