Kemaskini terakhir : 10 Mei 2019    

hajj

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan

Requirements

Umur bawah 55 tahun

Requirements

Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH

Requirements

Tidak pernah memohon pengeluaran haji

Requirements

Simpanan di LTH tidak mencukupi

 
 

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 
ATAU
baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

*Jumlah keseluruhan untuk ibadat haji yang ditentukan oleh LTH bergantung kepada kos sebenar mengikut musim haji. Untuk ahli yang mengerjakan haji untuk kali kedua dan seterusnya, perbezaan di atas tidak termasuk kos visa haji.

Apa Yang Anda Perlu

Untuk memohon, bawa bersama dokumen berikut ke pejabat KWSP terdekat:

  • MyKad
  • Surat tawaran dari LTH dengan status "DIPILIH"
  • Buku simpanan LTH (dikemaskini dalam tempoh 6 bulan)

*Ahli tidak perlu mengisi borang, hanya perlu menurunkan cop ibu jari di atas "Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran" sebagai bukti permohonan pengeluaran.

Terma Bayaran Balik

Jumlah pengeluaran perlu dibayar balik jika: 

  • Ahli membatalkan/menangguhkan ibadat haji - jumlah penuh perlu dipulangkan semula ke KWSP
  • Ahli meninggal selepas pengeluaran dibuat - waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini
housing