Kemaskini terakhir : 20 Jun 2019    

Pendirian Menentang Rasuah

Kami di KWSP mengambil serius terhadap isu-isu rasuah, fraud dan salah guna kuasa. Jika anda mengetahui, ternampak atau pun mendengar apa-apa salah laku yang melibatkan kakitangan KWSP, kami mengalu-alukan anda untuk tampil ke hadapan dan melaporkannya untuk disiasat di bawah Akta KWSP 1991 dan undang-undang berkaitan. Bagi menggalakkan mereka yang mempunyai maklumat untuk bersuara tanpa risau akan kesannya, kami memperkenalkan Polisi Pendedahan Maklumat KWSP yang berfungsi untuk memastikan identiti pemberi maklumat dilindungi kerahsiaannya. Seterusnya, dengan adanya polisi tersebut, pengadu boleh mengemukakan aduan secara terus kepada Jabatan Integriti & Tadbir Urus (JITU) dan pihak berkuasa berkaitan.

Cara Untuk Melaporkan Fraud

Emel

Hantarkan mesej anda

Telefon

03 – 2616 2121

Hadir ke pejabat atau mel

Jabatan Integriti dan Tadbir Urus
Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Requirements

Peringatan untuk masukkan maklumat berikut di dalam laporan anda

  • Nama, nombor telefon, alamat dan emel anda
  • Bukti atau saksi yang boleh membantu dalam siasatan
  • Nama, nombor telefon dan alamat individu yang disebut dalam laporan anda
  • Bagaimana, mengapa dan bila insiden berlaku
housing

Perlukan Bantuan?

Sila sertakan nombor ahli KWSP atau nombor kad pengenalan/pasport anda dan juga tajuk soalan anda semasa menghubungi KWSP.

Maklum Balas Pelanggan

Pejabat KWSP