Jumlah pelawat :  

Majikan Majikan

Definisi

Majikan

Majikan adalah orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Majikan termasuklah:

  • Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang 'pekerja';
  • Mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan;
  • Mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam  Jadual Kedua, Akta KWSP 1991.

Pekerja

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

Upah

Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.

Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP:

  • Gaji
  • Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  • Bonus
  • Elaun
  • Komisen
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti belajar
  • Upah bagi cuti separuh gaji
  • Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

Lihat: Seksyen 2: Tafsiran

Antara bayaran yang dikecualikan caruman KWSP:

  • Caj perkhidmatan
  • Bayaran kerja lebih masa
  • Ganjaran
  • Faedah persaraan
  • Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
  • Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan
  • Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan
  • Yuran Pengarah

Senarai di atas adalah tidak terhad. Sekiranya mempunyai kemusykilan, hubungi Pusat Pengurusan Panggilan di talian 03-89226000, enquiry atau mana-mana Pejabat KWSP.

Pemindahan Faedah Persaraan

Majikan boleh, dengan persetujuan pekerja, membuat pemindahan ke dalam akaun KWSP pekerja apa-apa wang dari skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja tersebut. Pemindahan tersebut boleh dibuat melalui Borang KWSP 16F.