Jumlah pelawat :  

Majikan Majikan

Kaedah Pembayaran Caruman Oleh Majikan

Caruman boleh dibayar melalui:

  • Tunai
  • Kiriman Wang Pos
  • Kiriman Wang
  • Cek
  • Cek Jurubank
  • Perbankan Internet

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.

Majikan dikehendaki mencatatkan nombor rujukan majikan dan bulan caruman di bahagian belakang kiriman wang pos, kiriman wang, cek atau cek jurubank.

Sekiranya pembayaran dibuat melalui perbankan internet, majikan perlu membuka akaun di mana-mana bank seperti Jadual A: Senarai ejen bank yang dilantik untuk perbankan internet.

Di Mana Caruman Boleh Dibayar?

Majikan boleh membayar caruman (Borang A) dan bayaran-bayaran lain di mana-mana Cawangan KWSP. Bayaran juga boleh dihantar melalui mel ke Cawangan KWSP.

Bayaran caruman (Borang A) bersama-sama dengan faedah dan dividen bagi pembayaran caruman tertunggak boleh dibuat melalui di mana-mana ejen bank yang dilantik seperti yang dinyatakan di bawah:

Jadual A: Senarai ejen bank yang dilantik untuk perbankan internet

  1. Public Bank Bhd
  2. CIMB Bank
  3. Maybank Berhad
  4. Hong Leong Bank
  5. Citibank
  6. Alliance Bank
  7. Affin Islamic
  8. RHB Islamic
  9. UOB Bank
  10. OCBC Bank
  11. Deutsche Bank
  12. Ambank
  13. Kuwait Finance House
  14. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  15. HSBC Bank

Pembayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan bank bersama-sama dengan borang-borang yang ditetapkan.

Jadual B: Senarai ejen bank yang dilantik untuk pembayaran di kaunter bank

  1. Public Bank Bhd
  2. RHB Bank Berhad
  3. Maybank Berhad
  4. Bank Simpanan Nasional

Saluran Bayaran

Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:

Saluran Bayaran Kaunter Peresitan KWSP
(Ibu Negeri/ Shah Alam/ Muar)
Kaunter Bank Mel Internet Kios Bayaran Caruman
Mod Bayaran
  1. Tunai*
  2. Kiriman Wang Pos
  3. Kiriman Wang
  4. Cek
  1. Tunai
  2. Cek
  3. Cek Jurubank
  1. Cek
  2. Kiriman Wang Pos
Pindaan Dana Secara elektronik. Cek sahaja
Resit Bayaran Resit rasmi (KWSP 30) akan dikeluarkan apabila bayaran diresitkan oleh KWSP. Slip bayaran bank dianggap sebagai resit rasmi bayaran. Resit rasmi dihantar kepada majikan selepas bayaran diresitkan oleh KWSP. Tiada resit yang dikeluarkan oleh pihak KWSP. Namun majikan dinasihatkan untuk menyimpan slip transaksi bayaran yang dikeluarkan oleh laman web bank berkaitan selepas transaksi dilaksanakan. Slip Deposit Cek

Nota:
* Bayaran caruman secara tunai di kaunter peresitan KWSP diterima sehingga jam 3 petang sahaja dengan had sebanyak RM5,000 bagi setiap transaksi

Klik di sini
untuk mendapatkan senarai Kaunter KWSP dan Fungsi Bayaran

 

Tarikh kemaskini: 5 Disember 2013