Jumlah pelawat :  

Majikan Majikan

Kadar Caruman Pekerja Berumur 55 Tahun Dan Lebih Selepas 1 Februari 2008

Secara amnya, setiap majikan adalah bertanggungjawab untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja sehingga pekerja berkenaan mencapai umur 75 tahun, samada pekerja tersebut telah membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun atau tidak.

Kadar caruman bulanan KWSP bagi pekerja yang berumur 55 tahun dan lebih pada atau selepas 1 Februari 2008 untuk:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemastautin Tetap; dan
  3. Warganegara Asing yang memilih mencarum sebelum 1 Ogos 1998;

ditetapkan pada kadar 6.5% (syer majikan) dan 5.5% (syer pekerja) dari jumlah upah pekerja tertakluk kepada Bahagian C, Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.

Jadual berikut menunjukkan perbandingan diantara ahli yang belum / telah mencapai umur 55 tahun dan lebih selepas 1 Februari 2008.

Pecahan Syer

Kadar Caruman Sehingga Umur 55 Tahun (Bahagian A, Jadual Ketiga)

Kadar Caruman Selepas 55 Hingga 75 Tahun (Bahagian C, Jadual Ketiga)

Syer Majikan

12%

6.5%

Syer Pekerja

11%

5.5%

Jumlah Keseluruhan

23%

12%

 

Bagaimanapun, majikan dan pekerja boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar caruman berkanun yang ditetapkan dengan mengisi borang KWSP 17 (Majikan) / 17A (Ahli).

Kadar caruman bulanan KWSP bagi pekerja yang berumur 55 tahun dan lebih pada atau selepas 1 Februari 2008  bagi warganegara asing yang memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998, adalah RM5.00 (syer majikan) dan 5.5% (syer pekerja) dari jumlah upah pekerja; tertakluk kepada Bahagian D, Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.

Jadual berikut menunjukkan perbandingan di antara warganegara asing yang belum / telah mencapai umur 55 tahun dan lebih selepas 1 Februari 2008.

Pecahan Syer

Kadar Caruman Hingga Umur 55 Tahun

(Bahagian B, Jadual Ketiga)

 

Kadar Caruman Selepas Umur 55 Hingga 75 Tahun

(Bahagian D, Jadual Ketiga)

Syer Majikan

RM5.00

RM5.00

Syer Pekerja

11%

5.5%