Jumlah pelawat :  
Members Login


Business Partners Login

Maklumkan KWSP Berkaitan Pemberhentian Pekerja

A. Berhenti Mengambil Pekerja Sementara Waktu
 
Majikan yang tidak mempunyai pekerja untuk sesuatu bulan perlu memaklumkan kepada KWSP melalui surat/faksimile/e-mel atau lain-lain saluran yang ditetapkan dari masa ke semasa.
 
KWSP boleh membatalkan nombor rujukan majikan sekiranya majikan tidak bertanggung/tiada pekerja untuk tempoh 6 bulan berturut-turut.
 
B. Tidak mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja
 
Majikan yang tidak mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja pada masa akan datang, perlu memaklumkan secara bertulis kepada KWSP sama ada dengan melengkapkan Borang KWSP 6 (Borang 6), surat, emel atau lain-lain saluran yang ditetapkan dari masa ke semasa.
 
Mengemukakan kepada KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan tanggungan majikan untuk mencarum.
 
KWSP akan membatalkan nombor rujukan majikan tersebut.
 
Sila hubungi KWSP sekiranya mengambil pekerja semula.