Jumlah pelawat :  

Majikan Majikan

Membayar Caruman KWSP

Majikan hendaklah membayar caruman pekerja mengikut kadar yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.

Majikan hendaklah membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan iaitu untuk sesuatu bulan upah pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya.

Majikan hendaklah pada mulanya bertanggungan untuk membayar kedua-dua syer pekerja dan majikan kepada KWSP.  Walau bagaimanapun, majikan boleh mendapatkan kembali caruman syer pekerja dengan memotong dari upah pekerja tersebut pada masa upah  dibayar pada pekerja itu.