Jumlah pelawat :  

Caruman Yang Lewat Dibayar - Caj Lewat Bayar/Dividen

 
Caruman yang lewat dibayar adalah merujuk kepada bayaran yang diterima oleh KWSP untuk sesuatu bulan caruman selepas 15hb bulan berkenaan. Caj yang akan dikenakan kepada majikan yang gagal mencarum samada pekerja-pekerjanya memilih Simpanan Shariah atau tidak adalah seperti berikut:
 
  • Caj lewat bayar: 
Kadar caj lewat yang dikenakan adalah dikira berdasarkan dividen terendah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi setiap tahun berkenaan dengan ditambah satu (1) peratus. 
 
Jumlah minimum caj lewat bayar dikenakan adalah RM10. Mana-mana jumlah caj lewat bayar yang mempunyai nilai sen hendaklah digenapkan kepada nilai Ringgit yang lebih tinggi.
 
Contoh:
Caj lewat bayar yang dikenakan ialah RM13.21 dan ianya hendaklah digenapkan kepada RM14 (Ringgit yang lebih tinggi).
 
  • Dividen: 
Kadar dividen yang dikenakan adalah kadar dividen terendah antara kadar dividen Simpanan Konvensional dan kadar dividen Simpanan Shariah.
 
Sebelum ada kadar dividen Simpanan Shariah, kadar dividen KWSP yang diisytiharkan bagi setiap tahun berkenaan hendaklah dirujuk bagi pengiraan caj lewat bayar dan dividen
 
Caruman yang dianggap lewat dibayar adalah termasuk:
  • Caruman tertunggak;
  • Caruman terkurang bayar
Untuk pembayaran caruman tertunggak dan caruman terkurang bayar, majikan dikehendaki menggunakan Borang KWSP 6 (Borang A) bagi setiap bulan tertunggak atau terkurang bayar.
 
 
Tarikh Kemaskini: 14 April 2017
 
Tarikh Semakan: 14 April 2017