Jumlah pelawat :  
Members Login


Business Partners Login

Kesalahan Dan Penalti

Jadilah Majikan Yang Bertanggungjawab

Ketahui akibat setiap tindakan anda
 
Majikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991. Jika anda gagal berbuat demikian anda tertakhluk kepada penalti yang disenaraikan di bawah.
 

Seksyen

Kesalahan

Penalti

41(1)

Kegagalan mendaftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari setelah mengambil pekerja.

Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duannya.

43(2)

Kegagalan membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb.

59(a)

Kesalahan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis.
 
 

Seksyen

Kesalahan

Penalti

48(3)

Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP.

Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya

47(1) & 47(2)

Memotong atau cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja,

 
 

Seksyen

Kesalahan

Penalti

41(3)

Kegagalan memaklumkan KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja.

Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

42 (1)

Kegagalan menyedia dan memberikan slip gaji kepada pekerja.
 
 

Seksyen

Kesalahan

Penalti

46(1)

Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak.

Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:

  • Tindakan Kebankrapan
  • Penyitaan dan penjualan aset
  • Penahanan Pasport

Seksyen 39 - Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana ditetapkan.

Takrifan lengkap seksyen di atas, sila rujuk kepada Akta KWSP 1991.