Jumlah pelawat :  

Orang-Orang Yang Tidak Diwajibkan Mencarum

Orang-orang yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta KWSP 1991 adalah dikecualikan daripada mencarum seperti berikut:
 
1. Orang Asli Nomad melainkan jika dalam mana-mana hal tertentu Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli mengesyorkan selainnya.
 
2. Orang-orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273], seperti pembantu rumah, tukang masak, penjaga rumah, tukang kebun, tukang cuci dan pemandu peribadi, KECUALI apabila diambil bekerja: 
 
a. oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta ini;
b. oleh mana-mana pertubuhan yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan atau pertubuhan-pertubuhan koperasi; 
c. dalam mana-mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan Pelesenan Tred bagi Negeri Sabah [Sabah Bab 144], Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Tred bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 33], atau Ordinan Nama-Nama Perniagaan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 64], mengikut mana yang berkenaan; atau
d. oleh mana-mana perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
 
3. Pekerja luar (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273] ).
 
4. Orang-orang yang ditahan di mana-mana penjara, Sekolah Henry Gurney, tempat tahanan, hospital mental dan Pusat Pemulihan yang mempunyai erti yang sama dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atau penempatan penyakit kusta.
 
5. Anggota Pentadbiran Kerajaan (Rujuk Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan).
 
6. Orang-orang yang diambil bekerja dan negara domisilnya adalah di luar Malaysia (warganegara asing) yang tidak memilih untuk mencarum.
 
7. Pekerja yang telah mencapai umur 75 tahun.