Jumlah pelawat :  

Penamatan Tanggungjawab Mencarum Dan Pengambilan Semula Pekerja

Majikan yang tidak mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja pada masa akan datang, perlu memaklumkan secara bertulis kepada Lembaga KWSP sama ada dengan melengkapkan Borang KWSP 6 (Borang B) atau surat dan dikemukakan kepada KWSP dalam tempoh 14 hari dari tarikh penamatan tanggungan majikan untuk mencarum.  KWSP akan membatalkan nombor rujukan majikan tersebut.

Sekiranya majikan mengambil pekerja semula, majikan perlu membuat pendaftaran baru dengan melengkapkan Borang KWSP 1 (MAJ).  Lembaga KWSP akan memperuntukkan nombor rujukan majikan yang baru dan menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan kepada majikan.