Jumlah pelawat :

Senarai Borang Yang Perlu Majikan Ketahui
Terdapat borang-borang tertentu untuk pelbagai jenis urusniaga/urusan dengan KWSP. Majikan adalah digalakkan untuk mengetahui kesemua borang-borang yang berkaitan dan kegunaan borang-borang tersebut. Ini akan membantu menjimatkan masa dan usaha kerana sebarang penghantaran menggunakan borang yang salah akan ditolak.
Berikutnya adalah borang-borang yang perlu diketahui oleh majikan. Sila pindah turun perisian Adobe Reader versi terkini (sekurang-kurangnya Versi 8.0) untuk memastikan borang-borang baru dapat dipaparkan dan dicetak. Anda mungkin menghadapai masalah memaparkan borang-borang jika tidak mempunyai versi Adobe Reader yang betul:
| Bil. | Kod Borang | Keterangan / Nama Borang |
| 1. | KWSP 1 (MAJ) | Borang Permohonan Pendaftaran Majikan Jenis Pendaftaran Majikan: -Kerajaan. -Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. -Berdaftar Selain Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. -Majikan Kepada Orang Gaji Domestik. -Lain-lain. |
| 2. | KWSP 3 | Borang Permohonan Pendaftaran Ahli & Pindaan Maklumat. Jenis Permohonan:- 1) Pendaftaran Ahli 2) Pindaan Maklumat Ahli |
| 3. | KWSP 3A | Borang Permohonan Penyatuan Akaun Ahli. |
| 4. | KWSP 4 & KWSP 4A | Borang Penamaan & Permohonan Pembatalan Penamaan. |
| 5. | KWSP 6 (Borang A) | Borang Bayaran Caruman Semasa |
| 6. | KWSP 6A (1) | Borang Bayaran Caruman Persendirian. Jenis Caruman Persendirian:- 1) Bekerja Sendiri 2) Pekerja Berpencen 3) Bukan Pekerja 4) Bukan Majikan |
| 7. | KWSP 6 (Borang B) | Notis Pembatalan Tanggungan Majikan. |
| 8. | KWSP 7 (Borang E) | Jadual Tunggakan Caruman. |
| 9. | KWSP 8 (Borang F) | Penyata Kiriman Wang Caruman Tunggakan. |
| 10. | KWSP 16 | Notis Pilihan Kepada KWSP Dan Majikan Bagi Orang Gaji Domestik. |
| 11. | KWSP 16B | Notis Pilihan Kepada KWSP Dan Majikan Bagi Orang Gaji Bukan Domisil. |
| 12. | KWSP 16F | Borang Permohonan Pemindahan Faedah Persaraan. |
| 13. | KWSP 17 (Maj) | Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun Oleh Majikan. |
| 14. | KWSP 17A (AHL) | Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun Pekerja. |
| 15. | KWSP 17AA (AHL) | Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja). |
| 16. | KWSP 18 (Maj) | Notis Pembatalan Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun Oleh Majikan. |
| 17. | KWSP 18A (AHL) | Notis Pembatalan Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun Oleh Ahli. |
| 18. | KWSP 19 | Sijil Pendaftaran Majikan |
| 19. | KWSP 14 | Borang Pengembalian Caruman. |
| 20. | KWSP 15 | Borang Pemindahan Simpanan Dari Kumpulan Wang Diluluskan. |
| 21. | KWSP 1360 | Notis Kepada Majikan Mengenai Lebihan Bayaran Caruman. |
| 22. | KWSP 1743 | Notis Kepada Majikan Mengenai Kekurangan Bayaran Caruman. |
| 23. | KWSP 1314 | Jadual Caruman Tanpa Maklumat Lengkap. |
Nota:
Borang-borang yang tidak mempunyai pautan tidak boleh dipindahturun dari laman web ini. Anda perlu ke kaunter Pejabat KWSP berdekatan untuk mendapatkan borang-borang tersebut.
Tarikh kemaskini: 22 November 2011


















