Jumlah pelawat :  

Majikan Majikan

Pendaftaran Majikan

Cara Mendaftar

Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya.

Majikan perlu melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Borang 49 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Sebaik sahaja mendaftar, majikan akan mendapat:

  1. Nombor Rujukan Majikan - Nombor ini perlu digunakan di dalam semua urusan dengan KWSP
  2. Dokumen-dokumen berikut:
  • Borang A (KWSP 6) – untuk pembayaran caruman bulanan
  • Borang KWSP 3 – untuk pendaftaran pekerja sebagai Ahli
  • Borang KWSP 4 – Borang Penamaan
  • Sijil Pendaftaran Majikan – sijil ini perlu dipamerkan di premis majikan

 

Permohonan Untuk Nombor Rujukan Melebihi Daripada Satu

Majikan boleh memohon untuk didaftarkan di bawah nombor rujukan majikan melebihi daripada satu bagi memudahkan pembayaran caruman bulanan.

Contoh:

Syarikat XYZ Bhd

No. Rujukan Majikan 

Untuk Kakitangan 

123456

Untuk Pengurusan

789100